PRN Melaka: Belum ada keputusan kemungkinan kerjasama PH-BN
- Akmal Manaf

- 33 minutes ago
- 1 min read

Belum ada sebarang keputusan berhubung kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk soal agihan kerusi, kata Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) berkata, perkara tersebut masih dalam proses perbincangan dan beliau sendiri tidak terlibat secara langsung dalam rundingan berkenaan.
"Jadi agak sukar untuk saya memberi komen selain daripada apa yang Datuk Seri Anwar sendiri telah nyatakan.
"Lebih daripada itu, sukar untuk saya memberi komen dan saya percaya apa pun di pelbagai pihak bagi parti masing-masing, ada garis masa yang telah ditetapkan untuk perbincangan," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai kerjasama antara PH dan BN menjelang PRN Melaka termasuk tentang agihan kerusi.
Fahmi berkata, bagi perkembangan lanjut berkaitan rundingan di pihak PH dan KEADILAN, perkara berkenaan boleh dirujuk kepada Menteri Besar Selangor yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari.




Comments