top of page

PRN: Kerajaan BN kukuh, rakyat berhak tahu justifikasi bubar DUN Johor

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 1 min read

KEADILAN Johor menyuarakan pandangan mengenai pembubaran awal Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan meminta Kerajaan Negeri memberi penjelasan kepada rakyat berhubung keputusan berkenaan.


Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Mohd Fakharuddin Moslim (gambar) berkata perkara yang menjadi perhatian ialah sebab di sebalik keputusan membubarkan DUN lebih awal ketika mandat rakyat masih berbaki hampir 11 bulan.


"Rakyat berhak mengetahui justifikasi sebenar di sebalik keputusan tersebut. Kita tidak boleh menafikan bahawa pilihan raya negeri (PRN) melibatkan kos yang besar kepada kerajaan dan rakyat.


"Jika benar keutamaan adalah kestabilan dan pengurusan kewangan yang berhemah, maka pilihan yang lebih munasabah adalah membiarkan mandat berjalan sehingga tamat atau menyelaraskan PRN Johor dengan negeri lain yang bakal menghadapi pilihan raya dalam tempoh terdekat.


"KEADILAN Johor menghormati kuasa Perlembagaan untuk membubarkan DUN, namun kuasa tersebut juga perlu disertai dengan tanggungjawab moral kepada rakyat.


"Sebab itu kami berpandangan reformasi pilihanraya termasuk menetapkan tempoh tetap bagi DUN dan menghadkan pembubaran awal tanpa alasan yang kukuh, perlu dipertimbangkan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan reformasi pilihanraya bagi mengelakkan pembubaran DUN yang didakwa didorong pertimbangan politik.


Untuk rekod, kos mengadakan PRN Johor sekitar RM90 juta. Kos tersebut boleh dikurangkan sekiranya PRN diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke 16 tahun depan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page