top of page

PRN: KEADILAN tingkat persiapan, tawar kepimpinan matang, stabil di Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 2 min read
DS Dr Zaliha (kanan) bertemu DS Amirudin membincangkan persiapan PRN Johor
DS Dr Zaliha (kanan) bertemu DS Amirudin membincangkan persiapan PRN Johor

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang boleh diadakan pada bila bila masa, kini diperkukuh menerusi penyelarasan strategi dan pengukuhan jentera parti.


Menurut beliau, perbincangan telah diadakan bersama Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari bagi memastikan kesiapsiagaan parti bersama Pakatan Harapan berada pada tahap terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri tersebut.


"Fokus diberikan kepada pengukuhan jentera, penyelarasan strategi lapangan serta usaha memastikan Pakatan Harapan bersedia bukan sekadar untuk bertanding, tetapi untuk memimpin Johor dengan kecekapan, integriti dan visi yang jelas," katanya dalam hantaran di media sosial.


Dr Zaliha berkata, Johor terus mencatat kemajuan hasil sokongan dan komitmen Kerajaan MADANI melalui pelaburan, pembangunan serta pelbagai inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.


KEADILAN akan memberikan saingan sengit dalam PRN Johor bagi memimpin negeri itu ke arah lebih maju
KEADILAN akan memberikan saingan sengit dalam PRN Johor bagi memimpin negeri itu ke arah lebih maju

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa PRN Johor bukan sekadar perebutan kuasa, sebaliknya melibatkan masa depan negeri yang memerlukan kepimpinan matang dan pentadbiran stabil.


"PRN ini bukan soal kuasa, tetapi soal masa depan Johor yang memerlukan kepimpinan matang, kerajaan stabil dan pentadbiran yang benar-benar mengutamakan rakyat," ujarnya.


Tambah beliau, PH bertekad untuk memimpin perubahan dan membina Johor yang lebih maju, makmur serta adil untuk semua lapisan masyarakat.


"Pakatan Harapan tekad yang bulat bersedia memimpin perubahan, membina Johor yang lebih maju, makmur dan adil untuk semua. Bersiaplah! Rakyat Johor semakin waras, dan mereka akan membuat pilihan yang tepat," katanya.


Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu mampu membawa Johor ke tahap yang lebih tinggi sekiranya diberi mandat oleh rakyat.


"InsyaAllah, bersama kita akan bawa Johor ke tahap lebih tinggi," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page