top of page

PRN: KEADILAN, PH Adalah Solusi

Updated: Mar 8, 2022



Oleh: Atriza Umar


ULASAN: Kekalutan dan ketidakstabilan politik membuatkan rakyat Johor menjadi mangsa, rakus ahli politik yang pentingkan diri hinggakan terpaksa mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagaimana negeri Sabah, Sarawak dan Melaka.


Pada masa yang sama pelbagai faedah tidak dapat dinikmati rakyat, berikutan mandat yang dirampas melalui Langkah Sheraton pada Februari 2020.


Barangkali, ramai yang tidak menyedari bahawa kejayaan utama kerajaan Pakata Harapan (PH) di Johor ialah menggalak pelaburan asing (FDI) dengan mengadakan lawatan menarik pelaburan asing secara agresif dalam tempoh 22 bulan mereka berkuasa.


Selain itu, hampir setiap bulan Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam perusahaan antarabangsa telah dihantar ke beberapa pusat ekonomi dunia untuk membawa pelaburan ke Johor.


Berikutan usaha yang bersungguh dan gigih itu, maka negeri Johor telah muncul sebagai negeri yang paling banyak menarik modal asing dari pertengahan 2018 hingga awal 2020 sebelum kerajaan PH Johor ditumbangkan angkara pengkhianatan politik.


Sedarkah rakyat Johor bahawa kejayaan itu adalah fakta, bukan retorik, mahupun propaganda pilihan raya?


Kembalikan mandat PRU-14


Kejayaan yang tidak lama itu, diragut. Namun, kecemerlangan PH Johor ketika memerintah di mata rakyat seharusnya menjadi sebutan, dengan harapan dan doa, ia berulang kembali mentadbir negeri penghujung Benua Asia Tenggara itu.


Realitinya, rekod baik yang ditinggalkan PH ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan masih diingat oleh rakyat Johor.


Walaupun tidaklah lama berkuasa di negeri itu, PH telah mampu mempersembahkan reputasi yang akan sentiasa menjadi kenangan indah buat seluruh warga negeri Darul Takzim itu, berikutan berjaya melaksanakan janji manifesto ketika Pilihan Raya Umum (PRU-14) yang lalu.


Laporan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyatakan Johor adalah negeri tertinggi menerima ‘foreign direct investment (FDI)’ pada tahun 2018 sebanyak RM 24 billion dan yang tertinggi di Malaysia.


Jika disorot kembali perjalanan kerajaan PH berkuasa di negeri Panglima Salleh Selempang Merah itu, kerajaan PH berjaya meningkatkan rizab tunai negeri dari RM 3 bilion (2018) bertambah kepada RM 3.068 billion (2019).


Ternyata, ketelusan PH dalam memerintah negeri Johor berlangsung tanpa ada sebarang ketirisan, berbeza dengan kerajaan sebelumnya, yang lebih setengah abad memerintah, tetapi pelbagai isu yang kedengaran.


Kejayaan selama setahun empat bulan PH melaksanakan janji manifesto adalah suatu yang patut dibanggakan rakyat dan pengundi negeri Johor. Antara yang menyerlah ketelusan ketika kerajaan PH mentadbir negeri ialah melaksanakan tender terbuka, air percuma, penghapusan kuota menegak kerajaan (KMK), Kad Sihat Johor, insentif kurusus perkahwinan percuma dan bermacam lagi berjaya ditunaikan dalam tempoh 16 bulan.


Pengundi muda bangkitlah


Generasi muda yang mempunyai aspirasi tentang masa depan negara, perlu peka dan bijak memberi undi kepada PH.


Mengapa perlunya demikian? Rasionalnya, golongan inilah penentu untuk mengembalikan negeri Johor ini ke arah yang lebih baik. Jika tidak, situasi sebaliknya yang terpaksa dilalui sekali lagi dan sekali lagi oleh sekalian rakyat di negeri yang mempunyai gunung bersejarah dalam lagenda Melayu, iaitu Gunung Ledang.


Tidak terkecuali, agenda pilihan raya yang ditawarkan oleh PH, perlulah berorentasikan kepentingan semasa rakyat, iaitu menyentuh perkara yang sangat penting untuk rakyat hadap setiap hari.


Antaranya tentang peluang pekerjaan, isu harga barang naik mendadak, tentang pendidikan, dan kesihatan.


Advokasi tanpa henti, hendaklah dilakukan bagi memberikan pendedahan terkini berkaitan kepimpinan negara. Ia bagi mengelakkan kesalah fahaman dan ketidaktahuan rakyat terhadap #kerajaangagal ini.


Lihat prestasi PH


Negeri yang mempunyai pasukan bola sepak terhebat negara yang lebih dikenali sebagai JDT, yang merupakan pasukan bola sepak digeruni di Malaysia itu, perlu dipelihara keharmoniannya dengan mempunyai kerajaan yang beritegriti, kompetensi dan menyelami suara hati rakyat.


Justeru, kesedaran rakyat memilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Mac akan datang, akan menjadi asbab penentu, negeri penghujung benua Asia Tenggara itu, makmur sentosa.


Apalagi pengundi dan rakyat di negeri yang mempunyai ladang nanas juga organik terbesar di Malaysia ini, melihat akan prestasi yang dipersembahkan oleh PH sewaktu memerintah selama 22 bulan.


PRU 14 mencatat sejarah sendiri buat BN apabila tewas kepada PH, seterusnya gagal membentuk kerajaan buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.


PH berjaya merampas beberapa negeri daripada BN, iaitu Kedah, Perak, Sabah dan Johor, yang juga negeri Umno 'dilahirkan', selain mencipta kejutan di Negeri Sembilan dan Melaka.


Muka baharu penarik kemenangan


Kesedaran rakyat dan pengundi untuk mengundi demi memilih pemimpin yang menjadi wakil rakyat kawasan mereka, perlulah terus dididik serta dipupuk. Apalagi memilih pemimpin yang bersih daripada rasuah dan jenayah lainnya haruslah didedahkan.

Walaupun satu undi, ia tetap bermakna untuk kelangsungan kemenangan parti yang bertanding.


Faktor meletakkan muka-muka baharu menjadi calon, adalah daya penarik kepada para pengundi.


Pemimpin yang berwibawa akan didik dan bimbing rakyatnya untuk menjadi manusia yang celik politik, bukan menafikan kemampuan akal rakyat untuk berfikir dan memilih dengan bijak.


Sekali lagi, pesta demokrasi ini akan dapat dilihat pada PRN akan datang yang mengetengahkan calon-calon PH, Perikatan Nasional (PN) serta BN sebagai pencabar utama


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia melaporkan, seramai 239 calon daripada 11 parti politik termasuk calon bebas layak bertanding pada pilihan raya kali ini.


Ketika rakyat berusaha untuk bangun, memulihkan kembali kondisi kehidupan diri dan keluarga masing-masing, apalagi dengan harga barang yang naik sangat ketara, adakah nasib rakyat terus dibela, sebagaimana ketika kerajaan PH berkuasa?


Bagaimana nasib rakyat yang terlibat dengan musibah banjir? Adakah semuanya sudah disantuni dengan sebaiknya oleh kerajaan Keluarga Malaysia hari ini?


Johor memilih, pilihlah calon bersih!


_________________________________________________________________________________

Pemulis merupakan Felo Nusantara Academy for Strategic Research (NASR)

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page