top of page

PRN Johor: KEADILAN yakin rakyat bijak nilai rekod prestasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kekal fokus mempersiap jentera pilihanraya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, meskipun bakal berdepan cabaran daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama) diketuai, Datuk Seri Rafizi Ramli.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata sebagai sebuah negara demokrasi, mana-mana parti politik bebas dan mempunyai hak untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya.


Namun beliau menegaskan, keputusan akhir tetap di tangan rakyat untuk memilih calon yang benar-benar diyakini mampu berkhidmat demi kesejahteraan masyarakat.


"KEADILAN Johor tidak akan teralih fokus dengan perkembangan politik yang berlaku.


"Kami komited dengan agenda reformasi sejak dari awal penubuhan lagi. Kami yakin rakyat serta akar umbi tahu menilai kesetiaan terhadap prinsip perjuangan ini.


"Pada akhirnya, rakyat Johor akan menilai pemimpin berdasarkan rekod prestasi yang telah ditunjukkan. Rakyat Johor pastinya bijak membuat penilaian," katanya dipetik.


DUN Johor dibubarkan Isnin lalu, sekali gus membuka laluan kepada PRN ke-16 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.


Meskipun baru berusia kurang sebulan, Parti Bersama ditubuhkan Rafizi bersama bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan akan mencuba nasib dengan meletakkan calon-calon mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page