top of page

Prakash disenangi akar umbi KEADILAN di DUN Tiram

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, akar umbi KEADILAN di Johor berharap parti itu dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dengan mengetengahkan calon yang dekat dengan rakyat dan mempunyai rekod perkhidmatan masyarakat yang cemerlang.


Nama yang sering disebut oleh anggota dan penyokong parti setakat ini ialah Ketua Cabang KEADILAN Tebrau, Prakash Maniam (gambar) yang dilihat mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan mempunyai hubungan rapat dengan penduduk setempat.


"Beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang aktif turun padang sejak sekian lama dan telah membina jaringan masyarakat yang luas merentasi pelbagai kaum dan latar belakang.

Prakash dalam program bersama rakyat Tebrau
Prakash dalam program bersama rakyat Tebrau

"Selain memimpin Cabang KEADILAN Tebrau, Prakash juga memainkan peranan penting dalam pelbagai pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO).


"Melalui penglibatan aktif dalam NGO dan kerja-kerja kemasyarakatan, beliau telah berjaya menyantuni pelbagai kelompok masyarakat tanpa mengira kaum dan agama," kata satu kenyataan dari akar umbi.


Bukan itu sahaja, akar umbi KEADILAN juga menyifatkan Prakash seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa hadir dalam program kemasyarakatan, pendidikan, kebajikan serta perpaduan.


Kata kenyataan itu, penglibatan aktif Prakash dalam pelbagai program yang melibatkan masyarakat Melayu, Cina, India serta komuniti dari Sabah dan Sarawak telah memperkukuhkan imej beliau sebagai pemimpin berbilang kaum yang mampu menyatukan masyarakat.


"Dengan rekod perkhidmatan yang konsisten, pengalaman kepimpinan yang luas serta penerimaan yang baik dalam kalangan masyarakat setempat, ramai anggota akar umbi berpendapat Prakash antara calon yang wajar dipertimbangkan oleh KEADILAN untuk mempertahankan kerusi DUN Tiram dan meneruskan agenda perjuangan parti demi kepentingan rakyat," ujar kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page