top of page

Politik pelampau: Selangor ditimpa bala, Terengganu hadapi ujian?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 4
  • 1 min read


Tidak sepatutnya bencana yang menimpa rakyat Malaysia ditafsir secara berbeza beza.


Namun hal itulah yang berlaku kepada penyokong pembangkang yang taksub kepada politik kepartian.


Menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, penyokong Pas tidak sepatutnya menganggap bencana letupan paip gas yang berlaku di Putra Heights, Selangor beberapa hari lalu sebagai bala daripada Allah, sedangkan bencana banjir yang berlaku di Setiu, Terengganu adalah ujian bagi orang beriman.


"Merujuk kepada isu di mana penyokong pembangkang sebut, bila berlaku letupan paip gas di Putra Heights mereka kata ini adalah bala dari Allah, tetapi apabila sehari selepas itu berlaku hujan lebat dan banjir di daerah Setiu, mereka kata ini adalah ujian Allah.

Ahmad Nadhir Yob
Ahmad Nadhir Yob

"Bagaimana pemahaman penyokong Pas sampai seperti itu? Adakah Terengganu dan Selangor dua negara yang berbeza atau dalam negara yang sama?


"Jadi pendekatan politik pelampau (yang merosakkan pertimbangan) menjadikan segala isu politik itu dipandang dari sudut kepartian sempit. Ini akan menyebabkan berlakunya kepelampauan (pendapat)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahmad Nadhir lagi, pemahaman politik sedemikian merbahaya untuk diamalkan dalam negara majmuk seperti Malaysia, yang mana penyokong parti tertentu menganggap diri mereka lebih suci daripada yang lain.


"Ini merbahaya... dan rakyat Terengganu diminta menjauhi budaya politik ini kerana politik jenis ini akan menjejaskan kestabilan negara, dan lebih teruk akan merosakkan asas negara itu sendiri," katanya.


Justeru, beliau berharap penyokong pembangkang kembali ke pangkal jalan dan mengutamakan kepentingan bernegara dan hidup secara harmoni, bukannya mengikut 'hukum hakam' kabilah atau kelompok tertentu sahaja.


"Kita hendaklah balik semula kepada asas yang betul, iaitu national interest beyond politics. Jangan menjadikan politik sebagai alat melunaskan kepentingan peribadi sehingga merosakkan negara," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page