top of page

PM umum ikhtiar ringan beban rakyat, kukuhkan hubungan Persekutuan-M'sia Timur

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
8 hours ago
1 min read
DS Anwar berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia 2026, malam tadi
DS Anwar berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia 2026, malam tadi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa ikhtiar penting sempena Amanat Hari Malaysia bagi meringankan beban rakyat serta memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.


Menurut Anwar, antara ikhtiar yang diumumkan termasuk berkaitan hak pemberian khas untuk Sarawak, penambahbaikan ikhtiar BUDI Diesel serta Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan secara sekali beri (one-off) kepada setiap pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak.


Beliau berkata langkah berkenaan turut mencerminkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai waad nasional yang perlu terus diterjemahkan melalui penghormatan terhadap hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak dalam kerangka Persekutuan.


"Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras memastikan setiap kemajuan negara diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai rakyat," katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Malaysia 2026, malam tadi.


Anwar berkata usaha tersebut penting bagi memastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung terus melangkah bersama ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.


Sambutan Hari Malaysia 2026 berlangsung di Sarawak pada 16 September, dengan tema rasmi “Malaysia MADANI, Sarawak Maju Makmur” dan semangat #SegulaiSejalai.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page