top of page

PM panggil pemaju, KPM bincang bina bangunan sekolah menegak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 23 minutes ago
  • 1 min read

PM Anwar mempengerusikan perbincangan konsep sekolah menegak di bandar besar. Foto: FB Anwar
PM Anwar mempengerusikan perbincangan konsep sekolah menegak di bandar besar. Foto: FB Anwar

Oleh: Helmi Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunggu lama untuk memastikan cadangannya agar bangunan sekolah reka bentuk menegak di kawasan Residensi Aman MADANI yang dirasmikannnya minggu lalu dimulakan pelaksanaannya bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak penduduk kawasan tersebut.


Perkara itu dapat dilihat apabila Perdana Menteri bertindak memanggil pihak pemaju bersama Kementerian Pendidikan dan agensi terbabit bagi membincangkan tentang keperluan pembinaan sekolah tersebut.


Perbincangan itu diadakan di pejabatnya di Putrajaya hari ini sebagai tindakan susulan selepas perasmian majlis pecah tanah residensi berkenaan di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lepas.


"Walaupun terdapat sekolah rendah berdekatan, kapasiti yang terhad menuntut pembangunan sekolah baharu selari dengan pertambahan penduduk.


"Justeru (itu), saya mencadangkan supaya dibina sekolah menegak dalam kawasan pembangunan, atau sebuah sekolah berhadapan residensi yang dihubungkan melalui jejantas," kata Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sekolah berkenaan akan terbuka kepada semua penduduk setempat dan dilengkapi kemudahan selaras dengan kerangka MADANI termasuk tadika, surau, klinik dan pusat keselamatan yang akan dibina kelak.


"Pastinya semua prasarana lengkap ini diwujudkan demi keselesaan rakyat," katanya.


Pada 18 Februari lalu lepas, laporan media menyebut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang membangunkan sekolah dengan konsep menegak yang menempatkan dua blok bangunan dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat di sekitar pusat bandar, bagi memenuhi keperluan tanah yang terhad serta pertambahan penduduk di ibu negara.


Kementerian Pendidikan pada 30 Julai lepas dilaporkan telah memuktamadkan Panduan Perancangan Pembangunan Sekolah Secara Menegak, dengan mengambil kira beberapa prinsip reka bentuk asas termasuk pengawasan dan keselamatan murid.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page