top of page

PM beri amaran pemimpin Kerajaan Perpaduan jaga adab berjemaah

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
19 hours ago
1 min read
DS Anwar mengulas isu berlaku di Dewan Rakyat ketika menghadiri Sidang APEC di Shanzhen, China
DS Anwar mengulas isu berlaku di Dewan Rakyat ketika menghadiri Sidang APEC di Shanzhen, China

Perdana Menteri memberi amaran kepada barisan pemimpin Kerajaan Perpaduan supaya meletakkan jawatan jika mereka gagal menjaga adab berjemaah dalam urusan rasmi kerajaan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, walaupun perbezaan pendapat atau teguran dalam kalangan anggota Kabinet adalah perkara biasa, ia wajib disalurkan secara tertutup dan bukannya dilontarkan secara terbuka ketika menjawab urusan rasmi di Parlimen.


"Saya faham kadang-kadang suhu politik terutama dalam masa pemilihan atau pilihanraya negeri menyebabkan kita terlajak. Semasa kempen saya masih boleh terima tetapi kalau dalam urusan kerajaan ini tidak boleh diizinkan.


"Dan kalau selepas ini ada sesiapa yang melanggar kaedah ini, sewajarnya meletakkan jawatan ataupun dinasihatkan untuk meletakkan jawatan kerana sistem kita tidak boleh berjalan begitu. Kalau tidak setuju boleh bawa dalam mesyuarat Jemaah Menteri," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu pada sidang media di Shanzhen, China sebagai mengulas pantun berbentuk sindiran keterlaluan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan di Dewan Rakyat baru-baru ini.


Susulan kritikan ramai, Ahmad Maslan kemudian membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Perdana Menteri menerusi surat rasmi bertarikh 17 November 2026.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mengakui pemilihan kata dalam pantun yang dilafaznya tidak sesuai dengan tanggungjawab beliau sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page