PM Anwar seru rakyat Johor beri peluang PH tadbir negeri


Rakyat Johor diseru untuk memberikan kepercayaan dan peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui pentadbiran negeri berkenaan bagi tempoh lima tahun akan datang.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran pada Ahad menegaskan iltizam gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini adalah untuk memikul amanah dengan penuh bertanggungjawab dan ia tidak akan sekali-kali disia-siakan.
"Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon PH untuk memimpin Johor bagi tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Menerusi hantaran tersebut beliau turut berkongsikan sepotong ayat suci al-Quran daripada Surah An-Nisa, ayat 58, yang menekankan kepentingan menyampaikan amanah kepada yang berhak serta menegakkan keadilan sesama manusia.
PRN Johor dijadualkan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.
PH yang dianggotai Parti KEADILAN, Parti Amanah Negara dan DAP bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).




Comments