top of page

PM Anwar lulus bina semula 5 rumah mangsa kebakaran di Kuala Perlis

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Pemimpin KEADILAN Perlis, Amin Ahmad (dua dari kanan) dan Azam Karap menyampaikan bantuan khas PMX
Pemimpin KEADILAN Perlis, Amin Ahmad (dua dari kanan) dan Azam Karap menyampaikan bantuan khas PMX

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju meluluskan peruntukan bagi menggantikan lima buah rumah yang musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Pulau Ketam di Kuala Perlis pada Selasa.


Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN (MPP KEADILAN) Mohd Azam Karap menerusi perkongsian di Facebooknya semalam.


"Selepas kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah petang semalam,saya telah menghubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri ,Datuk Ahmad Farhan Fauzi memaklumkan kejadian tersebut.


"Pagi tadi saya telah dihubungi oleh Pejabat ICU Negeri Perlis memaklumkan yang mereka akan menyampaikan bantuan khas PMX kepada mangsa-mangsa kebakaran pada waktu tengahari.


"Alhamdulillah, Perdana Menteri telah meluluskan pembinaan rumah baru bernilai RM80,000 sebuah kepada mangsa-mangsa kebakaran di kampung saya," katanya.


Keterujaan lima keluarga termasuk warga emas berusia 70 tahun untuk menyambut Aidilfitri lebur apabila kediaman dihuni lebih 50 tahun musnah terbakar.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu semua rumah musnah terbakar berikutan kedudukan struktur terlalu rapat dan faktor angin kencang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


Sementara itu, Mohd Azam yang juga mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Perlis merakamkan penghargaan kepada Ahmad Farhan yang berusaha mendapatkan bantuan khas itu dan sentiasa berhubung dengannya untuk bertanya khabar tentang keperluan mangsa-mangsa terlibat kebakaran tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page