PM Anwar lancar jentera pilihanraya PH Johor malam ini
- Azuan Ab Rahman

- 7 days ago
- 1 min read

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan jentera pilihanraya gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dalam satu majlis di Batu Pahat malam ini.
Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse menerusi satu hantaran di Facebook berkata majlis pelancaran tersebut dijadualkan berlangsung di Kim's Park Centre, Batu Pahat pada jam 8 malam.
Timbalan Pengerusi PH yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook serta Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu antara pimpinan yang dijangka hadir ke pelancaran tersebut.
"Pelancaran jentera PRN PH Johor. ‘We are ready’ (Kami sudah bersedia)," katanya menerusi hantaran tersebut.
Johor kini secara rasmi memasuki fasa pilihanraya selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 1 Jun lalu dengan perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail.
PH Johor mengumumkan hasrat untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada pilihan raya kali ini.
Jimmy Puah yang juga Ahli Parlimen Tebrau sementara itu menyifatkan pelancaran jentera PH sebagai isyarat jelas bahawa gabungan itu kini memasuki fasa persiapan akhir bagi menghadapi PRN Johor, yang dianggap sebagai medan politik penting selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.




Comments