top of page

PM Anwar agih 14,000 ekor ayam kepada penduduk Permatang Pauh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Petugas Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang Pauh mengagihkan ayam kepada penduduk P Pauh
Petugas Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang Pauh mengagihkan ayam kepada penduduk P Pauh

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengagihkan sebanyak 14,000 ekor ayam kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh bagi membantu persediaan menyambut Aidilfitri.


Pegawai Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang Pauh, Ahmad Zhafri Mohd Nazri berkata, sumbangan tersebut inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).


Sumbangan tersebut diserahkan kepada semua 29 buah masjid dalam kawasan parlimen itu sebelum diagihkan kepada kariah atau penduduk setempat.


"Hari ini kita telah dapat melaksanakan satu daripada hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Ini merupakan acara tahunan untuk meringankan beban penduduk di sekitar Parlimen Permatang Pauh.


"Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan kepada masyarakat dan menjadi keberkatan buat kita semua di bulan Ramadan yang mulia ini," jelasnya dipetik.


Sementara itu menurut Ahmad Zhafri, selain menerusi masjid di sekitar Permatang Pauh, pihaknya turut menganjurkan majlis penyerahan ayam dan bubur lambuk di perkarangan bangunan Yayasan Aman di Penanti, Seberang Perai Tengah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page