top of page

PKP: Ke mana kita?

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Dec 20, 2020
5 min read


Oleh: Syed Ibrahim Syed Noh


Sudah hampir 300 hari semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasakan. Pada 18 Mac, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sebuah perintah untuk mengehad pergerakan orang ramai bagi mengekang penularan wabak Covid-19.


Melalui PKP ini, Malaysia pernah mencatat hampir sifar kes tempatan baru untuk beberapa hari. Selepas hampir empat bulan PKP dikuatkuasakan dengan beberapa siri lanjutan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Malaysia menyaksikan kadar kes harian berkurang kepada dua digit malahan turun kepada satu digit.


Negara-negara yang turut mengamalkan konsep kawalan pergerakan seperti ini kebanyakan negara di Eropah juga merekodkan penurunan kadar jangkitan Covid-19. Keberkesanan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan di New Zealand telah membuahkan kejayaan sifar kes Covid-19 untuk tempoh hampir sebulan seawal bulan Jun!


Ada bukit, ada paya


Namun, harus diingat PKP ini juga membawa impak yang besar kepada sektor ekonomi. Pergerakan rakyat, waktu bekerja dan jumlah tenaga kerja yang terhad menjadi antara faktor Malaysia mengalami kemurungan ekonomi. Kemurungan ini bukan sekadar menjejaskan ekonomi negara, bahkan menyerang serta melumpuhkan struktur ekonomi individu.


Tambahan lagi, akibat kekangan yang dihadapi oleh semua sektor dan perusahaan, kes pengangguran menjadi kebimbangan. Jumlah penganggur meningkat sehingga mencecah 800,000 orang. Lebih separuh daripada angka ini adalah penganggur aktif atau mereka yang tidak bekerja tetapi bersedia untuk bekerja.


Maka, fakta-fakta ini menunjukkan PKP yang dikuatkuasakan ini adalah sebuah langkah yang berkesan untuk membendung penularan wabak namun membawa impak kepada pergerakan ekonomi. Bak kata peribahasa; ada bukit, ada paya. Ada baik, ada buruknya.


Dalam konteks ini, saya telah membangkitkan persoalan dalam Dewan Rakyat berkenaan pendirian kerajaan untuk menangani penularan wabak Covid-19 antara pergerakan bebas rakyat, kenaikan kadar semasa kes Covid-19 dan pembukaan ekonomi. Menteri menjawab, proses penilaian Prosedur Standard Operasi (SOP) dan risiko dilaksanakan dengan menyeluruh dan sepadu. Namun ini tidak menjawab persoalan saya di atas. Yang lebih penting ialah penilaian menyeluruh terhadap strategi menangani fasa baharu pengurusan dan pengawalan wabak Covid-19 dalam suasana keterbukaan, keselamatan nyawa dan pembangunan ekonomi negara.


Mengeliru malah menyukarkan


Sungguhpun begitu, panduan SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan menjadi isu besar yang kerap berbangkit. SOP yang ditetapkan tidak sesuai dan sukar untuk diamalkan.


Sebagai contoh, penetapan SOP hanya dua orang dalam satu kenderaan dilihat tidak sesuai malah menyukarkan banyak pihak. Persoalan timbul apabila SOP ini mengesani ibu bapa yang baru pulang dari tempat kerja dalam sebuah kenderaan termasuk anak yang baru diambil dari pusat jagaan. Selepas bantahan daripada pelbagai pihak, akhirnya kerajaan menarik balik penguatkuasaan SOP ini dan membenarkan SOP tiga orang dalam satu kenderaan.


Begitu juga dengan penetapan SOP aktiviti ibadah di masjid yang mengelirukan. Meskipun urusan agama tertakluk di bawah bidang kuasa negeri, Kerajaan gagal memainkan peranan mengurus perbezaan SOP aktiviti ibadah mengikut negeri sehingga ia menyukarkan pihak jemaah dan pengurusan masjid. Sebagai contoh, seorang lelaki yang tidak dapat menunaikan solat jumaat di Selangor, boleh memilih untuk menunaikan solat jumaat dalam kawasan jiran Kuala Lumpur yang membenarkan aktiviti solat jumaat dan SOP yang lebih longgar. "Atas nasihat KKM"


Seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan, penguatkuasaan panduan SOP PKP oleh MKN ditetapkan berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kerajaan mendakwa SOP ini dirangka dengan mengambil kira risiko penyebaran wabak tidak terkawal di atas nasihat dan panduan daripada KKM.


Namun, penyataan "Atas nasihat KKM" ini dilihat seperti disalahguna dalam menetapkan SOP yang mengelirukan, tidak konsisten, menyukarkan satu pihak dan menguntungkan pihak yang lain.


Hal ini juga telah mewujudkan dwi-standard dalam isu pematuhan SOP. Banyak contoh kes yang menunjukkan seperti wujud golongan yang tidak lut dek hukuman mengingkari SOP PKP. Rakyat kebanyakan dikompaun dengan denda yang tinggi atas kesalahan-kesalahan kecil melanggar SOP, tetapi ahli politik atau menteri-menteri hanya didenda dengan kompaun kecil malah ada yang terlepas daripada hukuman.


Bergerak ke hadapan


Saya berpendapat bahawa kerajaan, dalam hal ini harus menilai semula SOP PKP agar lebih efektif dan tuntas. Lebih khusus, MKN yang bersifat merentasi dan merangkumi sektor dan kementerian harus memastikan agar SOP PKP ini berperanan mengekang bukan mengongkong dan menyelesaikan bukan mengelirukan.


Justeru, saya ingin mengemukakan beberapa saranan untuk kerajaan laksanakan dalam bergerak ke hadapan.


Pertama, MKN wajar memperkasakan kementerian-kementerian yang terlibat supaya boleh menyesuaikan SOP ini dengan keadaan dan keperluan. Maklumbalas serta cadangan daripada kementerian dan sektor yang terkesan harus diberi perhatian oleh MKN agar mencapai maksud sebenar perintah ini dan mengurangkan impak buruk yang mungkin berlaku.


Dalam pada itu, kementerian-kementerian wajib giat memainkan peranan sebagai orang tengah antara masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan MKN. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia selaku organ kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pendidikan sepatutnya memandu MKN dalam menetapkan SOP dan arahan yang jelas, tersusun dan konsisten terkait institusi pendidikan.


Tambahan lagi, para guru juga turut menyuarakan kebimbangan terhadap kelompongan SOP bagi institusi pendidikan dek kekangan melaksanakan sesi pembelajaran. Ada guru yang mencadangkan agar sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) diteruskan dengan menggunapakai SOP penggiliran sesi kelas serta mengutamakan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar.


Sistem ujian saringan


Kedua, saya ingin mencadangkan pihak KKM memperkasakan sistem ujian saringan Covid-19 dan pengesanan kontak jangkitan Covid-19.


Sebagai contoh, inisiatif ujian saringan besar-besaran dan ujian pandu-lalu oleh Korea Selatan telah berjaya mengurangkan kadar jangkitan wabak Covid-19 dengan pantas. Mereka tidak perlu membuat sebarang “Lockdown”. Seawal pertengahan Mac, mereka telah melaksanakan 270,000 ujian saringan Covid-19.


Selain itu, sistem pengesanan kontak jangkitan Covid-19 wajar diperkasakan agar lebih pantas dan efektif. Sehingga bulan November, menurut Menteri Kesihatan, hanya empat peratus kes yang dikesan menerusi aplikasi MySejahtera. Kadar ini menunjukkan kegagalan sistem ini bagi mengesan kontak jangkitan untuk mencegah jangkitan dengan segera.


Malah, menurut Tan Sri Dr. Norhisham, terdapat kes positif Covid-19 yang dikesan tetapi tidak diambil ke pusat kuarantin sehingga beberapa hari.


Ketiga, KKM dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi wajar mengambil langkah proaktif menggunakan sains dan data dalam penentuan bagi SOP PKP. Ini akan membantu MKN mengeluarkan panduan yang lebih efektif, tersusun dan bersesuaian mengikut kumpulan sasaran.


Seperti yang diamalkan oleh Korea Selatan, teknologi dan data saintifik dimanfaatkan dalam mengelak penularan wabak Covid-19. Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan bertanggungjawab mengumpul dan menyampaikan maklumat berkenaan pesakit Covid-19 seperti lokasi orang yang dijangkiti dan status kesihatan mereka. Maklumat ini akan dikemaskini dalam masa sebenar dan dimaklumkan kepada orang awam.


Keempat, KKM wajib memperkasakan sistem kesihatan awam agar lebih kemas dan ampuh. Saya percaya sistem kesihatan awam yang efektif akan memudahkan banyak perkara terutamanya membantu para pejuang barisan hadapan untuk berkhidmat dalam persekitaran yang lebih baik.


Tambahan lagi, sistem kesihatan awam yang lebih kukuh akan memberi kemudahan kepada rakyat. Aspek aktiviti ujian saringan, kuarantin di pusat kuarantin dan rawatan pesakit kritikal yang melibatkan pejuang barisan hadapan serta orang awam harus dikukuhkan melalui peruntukan yang besar, sumber yang bersesuaian dan kemudahan yang mencukupi.


Akhirnya, sudah hampir setahun dunia diuji dengan serangan wabak Covid-19. Langkah pencegahan kendiri sudah menjadi norma baru. Para pejuang barisan hadapan semakin mahir dan tersusun.


Namun, sudah sampai masanya kerajaan mengambil tanggungjawab memastikan kementerian-kementerian dan agensi-agensi memantapkan disiplin serta bekerja lebih gigih. Fasa pemulihan bagi ekonomi ini menuntut peranan kerajaan yang luar biasa efektif, demi kebaikan seluruh rakyat dan negara.


Peranan kerajaan ini juga penting supaya usaha pencegahan kendiri oleh rakyat dan jerih perih pejuang barisan hadapan tidak sia-sia.

Kepada pemimpin-pemimpin di atas, beringatlah, rantau jauh diulangi, rantau dekad dikendana!

_________________________________________________________________________________


Penulis merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor

57 Comments


terrancecart.e.r.36.0.7
Sep 13

https://gamebaidoithuong.capital/vi-vn thú thật lúc mở ra mình cũng hơi lăn tăn, vì mấy trang kiểu tổng hợp top thường hay nhồi chữ với rối mắt lắm. Mà lướt một vòng thì lại thấy ổn hơn mình nghĩ, bố cục chia khối gọn gàng nên kéo xuống khá mượt, đọc tiêu đề là nắm được họ đang nói gì. Mình chỉ xem qua chứ không ngồi soi kỹ từng mục đâu, nhưng có đoạn họ bảo nội dung dựa trên khảo sát hơn 10.000 người chơi và còn mô tả trải nghiệm đủ quy trình như đăng ký, nạp rồi rút, nghe cũng có vẻ làm nghiêm túc. Ở cuối trang có cái bảng xếp hạng theo mốc 08/2026 trình bày…

Like

johnniwill.ia.ms4069
Sep 11

rikvip lúc đầu mình cũng hơi lăn tăn nên chỉ bấm vào xem qua thôi. Kéo xuống một hồi mới nhận ra trang này họ chia nội dung theo từng khối khá gọn, kiểu mỗi đoạn có tiêu đề to rõ ràng nên mắt đỡ phải dò, và phần chữ giới thiệu về “cổng game bài đổi thưởng” được đặt ngay đầu nên đọc lướt cũng hiểu họ đang nói về gì; mình còn để ý họ có nhấn chuyện giao dịch an toàn nên cảm giác họ cố làm người xem yên tâm hơn một chút. Menu thì nằm chỗ dễ thấy, chuyển qua lại không cần tìm lâu, với mấy box tóm tắt thông tin đặt ngay dưới…

Like

timmothybu.r.ns83.57.8
Sep 10

KUWIN hôm bữa mình thấy bạn bè nhắc nhiều quá nên cũng bấm vào coi thử cho biết. Mình chỉ lướt nhanh chứ không ngồi tìm hiểu sâu, chủ yếu xem trang chủ nhìn có dễ chịu không thôi. Cảm giác đầu tiên là giao diện khá thoáng, chữ không bị dày đặc nên nhìn một lúc không mỏi mắt. Nội dung họ chia thành từng khối riêng, kéo xuống là thấy rõ từng phần tách bạch nên không bị rối. Mình có để ý mục nạp rút viết ngắn gọn, bấm vào nhìn như kiểu ưu tiên thao tác nhanh, không bắt đi lòng vòng nhiều bước. Nói chung mới vào vài phút là biết nên nhìn chỗ nào…

Like

billy24barne.s7.8.3.5
Sep 06

LLWIN đang để tiêu đề kiểu “AROMA” với “Trang chủ Chính Thức 2026” ngay trên bài giới thiệu, nhìn lạ nên mình mở ra xem cho biết; mình chỉ lướt qua nhanh trên điện thoại, chủ yếu xem bố cục có dễ đọc không, chứ không ngồi dò từng mục. Phần giới thiệu thương hiệu đặt khá nổi, có nhắc mốc thành lập 2012 và nói về chuyện minh bạch công bằng trong giao dịch, nên người mới vào cũng nắm được họ muốn truyền tải gì. Mình thích kiểu trình bày chia khối rõ ràng, các đoạn “Top…” tách block riêng nên mắt quét một cái là hiểu đang ở phần nào; menu cũng nằm chỗ dễ thấy, bấm…

Like

christinejones.5999.9
Sep 06

QQ88 tối qua mình lướt trong lúc chờ đồ ăn, kiểu chỉ định ngó qua vài phút cho biết thôi mà lại thấy dễ chịu hơn mình nghĩ, vì trang sắp xếp gọn gàng nên mắt không bị loạn, đọc lướt cũng nắm được đang ở mục nào và muốn quay lại chỗ trước đó cũng không phải nhớ quá nhiều. Mình không có đào sâu gì đâu. Chỉ xem bố cục thôi. Menu để rõ ràng, chuyển qua lại nhanh. Mấy khối nội dung chia theo ô nhìn khá ngay ngắn. Có đoạn bảng thông tin dạng cột nhìn sạch, chữ không bị dính vào nhau nên đọc một hơi vẫn ổn. Nói chung cảm giác nhẹ mắt, nhất…

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page