Pinda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri langkah bela pekerja - Dr Mazlan
- Suara Keadilan

- May 2
- 1 min read
Updated: May 3

Ahli Akademik, Profesor Madya Dr Mazlan Ali (gambar) mengalu-alukan langkah kerajaan untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bagi membolehkan perlindungan diperluas kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.
Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur itu dipetik laporan media menyatakan pandangan bahawa langkah tersebut merupakan satu inisiatif yang amat baik dan signifikan.
Jelasnya, usaha memperluas skop perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada rakyat Malaysia di luar negara, khususnya pekerja rentas sempadan mampu memberi manfaat besar kepada golongan berkenaan.
"Secara purata, satu kematian direkodkan setiap minggu melibatkan pekerja rentas sempadan, iaitu kira-kira 54 kes setahun. Jadi, pindaan akta ini dilihat mampu memberi perlindungan yang lebih menyeluruh," katanya.
Beliau turut menyifatkan langkah tersebut sebagai hadiah bermakna dan bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan pekerja.
Sebelumnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah tersebut dalam amanat pada Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, pada Jumaat.
Inisiatif itu bakal dimulakan dengan pekerja rentas sempadan Malaysia-Singapura yang dijangka dapat memanfaatkan lebih 480,000 pekerja yang mencari rezeki merentasi Tambak Johor.




Comments