Pilih pasukan di Segamat peringkat DUN, parlimen dari PH - Yuneswaran
- Redzuan Shamsudin

- 1 day ago
- 2 min read

Pengundi di parlimen Segamat diseru memilih wakil rakyat di peringkat DUN dalam pasukan yang sama di peringkat parlimen atau Persekutuan.
Hal itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran (gambar) yang berharap kedua dua calon wanita Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini dipilih bagi mempercepatkan pembangunan kawasan itu.
Beliau berkata, kedua-dua calon PH itu adalah Rosy Razit yang bertanding di DUN N.01 Buloh Kasap, manakala penyandang Ng Kor Sim sekali lagi diberi kepercayaan mempertahankan kerusi DUN N.02 Jementah.
"Kedua-duanya merupakan pemimpin wanita yang berwibawa, berintegriti serta mempunyai pengalaman, rekod perkhidmatan dan komitmen yang tinggi dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

"Saya percaya mereka mampu membawa suara masyarakat Segamat dengan lebih berkesan di Dewan Undangan Negeri Johor," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Yuneswaran berkata, penyertaan 12 calon wanita daripada keseluruhan 56 calon PH membuktikan komitmen gabungan itu dalam memperkasakan wanita dalam politik dan kepimpinan negara.
"Ini membuktikan komitmen Pakatan Harapan dalam memperkasakan penyertaan wanita dalam arena politik dan kepimpinan negara. Wanita bukan sekadar pelengkap dalam politik, malah merupakan penggerak utama kepada dasar yang lebih inklusif, berintegriti dan berorientasikan rakyat," katanya.
Beliau turut memberi jaminan akan memberikan sokongan penuh kepada kedua-dua calon sepanjang tempoh berkempen dengan turun padang mendekati rakyat, menjelaskan dasar kerajaan serta menawarkan penyelesaian terhadap isu yang dihadapi masyarakat.
Menurutnya, pilihanraya perlu menjadi medan persaingan idea dan dasar, bukannya ruang menyemai kebencian atau permusuhan.
"Pilihanraya bukanlah medan untuk menanam kebencian atau permusuhan. Lawan kita hanyalah di gelanggang demokrasi, manakala selepas pilihanraya, tanggungjawab kita adalah bersatu membangunkan negeri dan negara," katanya.
Tegas beliau, Segamat dan Zon Utara Johor mempunyai potensi besar, namun masih memerlukan lonjakan pembangunan terutama dalam aspek infrastruktur, peluang pekerjaan, pelaburan berkualiti, pendidikan, kesihatan dan kemudahan awam.
Justeru, menurut Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu, kawasan dalam parlimen Segamat memerlukan wakil rakyat yang mampu bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan.
"Sebagai Ahli Parlimen kawasan, saya memerlukan satu pasukan yang kuat, sehaluan dan mampu bekerjasama merentasi semua peringkat kerajaan.
"Apabila Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri bergerak sebagai satu pasukan, lebih banyak peruntukan dapat diperjuangkan, lebih banyak isu dapat diselesaikan dan lebih banyak peluang pembangunan dapat dibawa kepada rakyat," katanya lagi.
Beliau juga menggesa seluruh rakyat Segamat keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab demokrasi secara matang serta menghormati proses pilihan raya demi membina masa depan Segamat dan Johor yang lebih maju, inklusif dan sejahtera.



I've been observing how flight-themed crash games perform across different platforms for a while. Most of them follow predictable patterns with minimal variation. The Aviator machines à sous format at Parimatch India seems to operate on a provably fair algorithm, which at least allows independent verification of outcomes. The interface is functional without unnecessary visual noise. Load times are acceptable on mid-range devices. Nothing groundbreaking, but the mechanics are transparent enough to analyze. Whether that matters to you depends on what you prioritize in a game. Approach anything involving real funds with measured expectations and basic risk awareness.