top of page

PH mahu muktamadkan calon PRN Melaka lebih awal

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 24
1 min read
Datuk Azman Abidin, Gambar arkib
Datuk Azman Abidin, Gambar arkib

Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan barisan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, langkah awal ini bagi membolehkan jentera parti bergerak pantas menguasai kempen serta menembusi kawasan sasaran tanpa menunggu saat-saat akhir.


"Saya rasa kali ini mungkin lebih awal, bukan lagi pada saat akhir seperti selalunya.


"Dalam masa seminggu atau dua minggu sebelum penamaan calon, kita sudah boleh menamakan calon-calon dan bukan lagi pada saat akhir.


"Kali ini kita lebih bersedia untuk menamakan calon-calon," katanya dipetik selepas hadir ke program Ziarah Kasih di Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi, di Alor Gajah pada Rabu.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 rasmi dibubarkan berkuat kuasa semalam bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.


Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR )akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.


Sementara itu menurut Azman, proses pemilihan calon akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk dimuktamadkan dengan mempertimbangkan senarai yang dikemukakan oleh cabang, pimpinan negeri dan akar umbi.


Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Adam Adli Abdul Halim sebelum ini memberi bayangan bakal berlaku perubahan ketara pada barisan calonnya dalam PRN Melaka .


Ketika pelancaran Jentera PRN Cabang Hang Tuah Jaya bulan lalu, beliau berkata, lebih ramai muka baharu akan diketengahkan termasuk dalam kalangan wanita dan golongan muda.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page