top of page

PH komited laksana peranan pembangkang berintegriti di Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 58 minutes ago
  • 2 min read
DS Amirudin diapit oleh Khalid dan Dr Hatta dalam sidang media di  Dewan Inderapura, Pulai Spring Resort
DS Amirudin diapit oleh Khalid dan Dr Hatta dalam sidang media di  Dewan Inderapura, Pulai Spring Resort

Pakatan Harapan (PH) akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan gabungan itu memenangi lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan rasmi yang diumumkan SPR akan diterima dengan penuh tanggungjawab dan wakil rakyat PH akan terus membawa suara rakyat serta menawarkan penyelesaian terhadap pelbagai isu yang masih membelenggu negeri itu.


"SPR telah mengumumkan calon PH yang dipilih dan secara rasminya kita menang lapan kerusi.


"PH akan menjalankan tanggungjawab dalam Dewan Undangan Negeri nanti dengan penuh wibawa dan berintegriti untuk menawarkan solusi kepada isu asas yang masih belum diselesaikan," katanya dalam sidang media yang diapit oleh Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad dan pemimpin Naib Presiden AMANAH, Dr Mohd Hatta Ramli.


Beliau berkata, PH tidak akan memandang ringan setiap isu yang dihadapi rakyat dan akan terus memantau pentadbiran kerajaan negeri secara konsisten bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


"Denyut nadi rakyat tidak akan kita pandang mudah. PH komited menunaikan tanggungjawab sebagai pembangkang dan memantau Kerajaan Negeri secara konsisten agar kualiti hidup rakyat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat majmuk, bukan hanya sesetengah daerah dan kawasan," katanya yang juga Pengarah Bersama Pilihanraya KEADILAN.


Menurut Amirudin, keputusan PRN Johor juga menjadi isyarat kepada seluruh jentera PH untuk memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.


"Keputusan di Johor juga untuk mengasak petugas PH mengukuhkan lagi gerak usaha dan gerak kerja ke atas masyarakat Johor sebagai persiapan PRU 16, serta persiapan PRN Negeri Sembilan bermula dari sekarang," katanya.


Beliau turut menyifatkan keputusan PRN Johor membuktikan bahawa PH dan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai dua gabungan politik terbesar di negeri itu, sekali gus menegaskan bahawa mandat rakyat perlu dihormati.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page