top of page

PH belum bincang siapa calon Menteri Besar Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 30
  • 1 min read

Pakatan Harapan (PH) tidak bergantung kepada kredibiliti satu-satu tokoh semata-mata dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya mempertaruhkan barisan calon yang berkualiti di kerusi yang ditandingi.


Calon PH bagi DUN Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik (gambar) berkata, gabungan itu fokus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui kerja berpasukan.


Tambah bekas Menteri Pendidikan itu, PH setakat ini belum membincangkan isu jawatan Menteri Besar sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


"Isu menteri besar kita tak bincangkan langsung kerana kita akur bahawa ikut Undang-Undang Tubuh Negeri, prerogatif untuk melantik menteri besar ialah kuasa Istana.


"Jadi, di penghujungnya Tuanku yang akan tentukan," katanya dipetik temu bual eksklusif bersama Bernama.


Dr Maszlee sebelum ini disebut-sebut sebagai antara calon utama Menteri Besar Johor daripada blok PH sekiranya gabungan itu menang pada PRN Johor ke-16.


"Bagi kami, kita akan cuba beri yang terbaik, hatta kita rangkakan pendekatan untuk yang terbaik, servis yang terbaik, jadi kita tak bergantung kepada satu tokoh semata-mata.


"Kita kemukakan satu kumpulan, kalau kita kata 56, 56 itulah 'Avengers' (adiwira) kita," kata dalam temu bual tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page