top of page

Persenda PM: AMK Perak gesa KJ mohon maaf



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan penyampai radio Khary Jamaluddin mempersenda dengan meniru gaya ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam siaran radio HotFM baru-baru ini menuai kecaman daripada banyak pihak.


Sehubungan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak, Izzuddin Hariz menggesa bekas Ahli Parlimen Rembau tersebut memohon maaf atas tindakannya mengajuk ucapan pemimpin nombor satu negara.


Kata Izzuddin, Khairy tidak sepatutnya memasukkan ungkapan tersebut di saluran radio bebas yang lebih kepada platform hiburan serta tiada kena mengena dengan politik.


"Ungkapan yang diucapkan di stesen radio rasmi (HotFM), yang didengari oleh semua rakyat, bukanlah saluran politik. Tindakan itu jelas tidak menghormati pemimpin negara yang masih dalam tempoh menjalan khidmat dan tanggungjawab.


"Saya kira lebih baik sekiranya KJ menumpukan sahaja kepada kerjayanya sebagai penyampai radio," katanya ketika dihubungi.


Terdahulu, menerusi satu klip video berdurasi 38 saat, KH mempromosi dirinya untuk diundi sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36.


Dia kemudian mengajuk ungkapan Anwar dengan berkata: "Hari ini saya menang... esok .. kita makan ramai ramai ...".


Ungkapan itu sebagai salah satu manifesto Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak menjelang Pilihan Raya Umum 2013 lalu sengaja diambil di luar konteks oleh pembangkang bagi merendahkan kredibiliti Perdana Menteri.


Mengulas lanjut, Izzudin berkata, gesaan permohonan maaf seharusnya dibuat segera memandangkan bekas Menteri Kesihatan itu bukan lagi seorang ahli politik dan memerlukan sokongan rakyat dari pelbagai ideologi politik dalam kerjaya baharunya sebagai penyampai radio.


"Jika beliau serius ingin terus diterima oleh semua, adalah lebih baik untuk beliau meninggalkan dunia politik


"Memohon maaf bukan tanda kelemahan, tetapi langkah berani untuk membuktikan bahawa beliau benar-benar mahu berubah dan diterima tanpa bayangan politik masa lalu," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page