top of page

MPP teliti, sokong ikhtiar Kerajaan MADANI, Kongres Nasional di Melaka Jun 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 50 minutes ago
  • 2 min read

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini bagi meneliti pelaksanaan beberapa ikhtiar terbaharu Kerajaan MADANI, termasuk Rancangan Pendidikan Negara yang disifatkan sebagai usaha menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan serta mempersiapkan generasi muda menghadapi cabaran dunia digital yang semakin kompleks.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil (gambar), MPP berpandangan bahawa penambahbaikan berterusan dalam sektor pendidikan amat penting bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan dan berdaya saing.


"MPP telah meneliti pelaksanaan ikhtiar terbaharu Kerajaan MADANI termasuk rancangan pendidikan negara yang merupakan satu usaha menyeluruh bagi menjamin mutu pendidikan yang lebih baik selain menyiap sediakan generasi muda bagi menghadapi dunia digital yang makin mencabar," katanya dalam kenyataan petang tadi.


MPP turut membincangkan pelaksanaan program bantuan rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Jualan Rahmah serta Bantuan Awal Persekolahan (BAP), yang menurutnya masih boleh ditambah baik bagi menangani isu kos sara hidup rakyat secara lebih tuntas.


"Program bantuan rakyat dilihat boleh ditambah baik bagi memastikan isu kos sara hidup rakyat dapat ditangani dengan tuntas," jelasnya.


Dalam mesyuarat sama, MPP turut menyatakan sokongan terhadap langkah-langkah kerajaan dalam membanteras rasuah serta memerangi kumpulan kartel, bagi memastikan dana awam tidak diseleweng untuk kepentingan segelintir pihak.


Selain itu, MPP turut memutuskan bahawa Kongres Nasional KEADILAN akan diadakan di Melaka pada 25 hingga 28 Jun 2026, dengan maklumat terperinci akan diumumkan oleh Ibu Pejabat KEADILAN dalam masa terdekat.


Mesyuarat turut meluluskan beberapa pelantikan baharu, termasuk Ex Officio Biro Politik KEADILAN yang melibatkan:


YB Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa


YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir


YB Mohammed Taufiq Johari


YB Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid


Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz


Selain itu, pelantikan Ex Officio MPP KEADILAN turut dipersetujui melibatkan:


YB Datuk Jamawi Ja’afar


Datuk Ruji Ubi


Datuk Yamani Hafez Musa

header.all-comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page