top of page

Zahid berpeluang kembali sertai konvoi motosikal, seimbang tugas negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Santai... DS Zahid mengemudi motorsikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Selangor ke Melaka
Santai... DS Zahid mengemudi motorsikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Selangor ke Melaka

Kesibukan tugas sebagai pemimpin negara tidak menghalang Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa memenuhi hobinya apabila beliau menyertai konvoi motosikal ke Melaka baru-baru ini, selepas sekian lama tidak berbuat demikian.


Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, berkata penyertaan konvoi tersebut memperlihatkan sisi santai Dr Zahid yang sebelum ini jarang dilihat ketika beliau memegang jawatan TPM dan Menteri Pertahanan sebelumnya.

Datuk Lokman (belakang) bersama DS Zahid
Datuk Lokman (belakang) bersama DS Zahid

"Selalunya pagi petang, siang malam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi padat dengan jadual kerja.


"Hari ini baru nampak beliau jalankan tugas sambil santai menyertai konvoi motosikal yang beliau bertahun berhenti buat sejak jadi TPM dan MDN dulu," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut Lokman, setelah memegang portfolio sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Dr Zahid kini mempunyai ruang untuk kembali menjalani aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan kerja dan politik kepartian.


"Sekarang dah jadi Menteri KKDW, dah kurang terdedah kepada ancaman keselamatan. Alhamdulillah dapat beliau kembali hilangkan stres kerja dengan ‘ride’ semula," ujarnya.


Konvoi tersebut bermula dari Kajang dan diteruskan ke Melaka tanpa henti, melibatkan lawatan ke tiga lokasi iaitu Pondok Darul Muttaqim, Rumah Anak Yatim Az Zaharah serta majlis Rajmah Mesra di Teluk Mas, sebelum rombongan kembali semula ke Kajang pada hari yang sama.


Lokman turut memuji ketangkasan Zahid mengendalikan motosikal jenis Honda Goldwing, meskipun perjalanan tersebut mencabar.


"Biasa kalau ikut geng bikers kental sekalipun mesti ada berhenti sekali kalau ke Melaka.


"Tapi beliau steady sahaja bawa Goldwing. Nampak jelas kaki masih kuat dan jiwa masih kental," katanya.


Beliau turut mendoakan agar Zahid yang merupakan antara pemimpin 'tulang belakang' Kerajaan Perpaduan dikurniakan kesihatan yang baik dalam meneruskan amanah dan menghadapi pelbagai ujian kepimpinan pada masa hadapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page