top of page

Persaingan politik tidak wajar jadikan maruah individu bahan serangan

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 45 minutes ago
  • 1 min read

Perbezaan politik tidak seharusnya menjadi alasan untuk melemparkan tuduhan peribadi yang serius tanpa asas, tegas Wanita KEADILAN Sarawak susulan kenyataan yang mengaitkan Nurul Izzah Anwar dengan tuduhan seksual.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sarawak, Nur Jafni Abdullah (gambar) berkata, pemegang jawatan dalam organisasi politik mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap setiap perkataan yang disampaikan kepada masyarakat.


Beliau menegaskan, jawatan bukan ‘lesen’ untuk membuat tuduhan secara sesuka hati dan budaya politik matang seharusnya dibina khususnya dalam kalangan pemimpin wanita dan generasi muda.


"Jangan sampai persaingan politik menjadikan maruah individu sebagai bahan serangan. Politik sepatutnya menjadi medan untuk menawarkan idea, penyelesaian dan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.


"Kita boleh berbeza tanpa menghina. Kita boleh mengkritik tanpa memfitnah dan kita (juga) boleh berpolitik tanpa menggadaikan maruah," katanya menerusi satu kenyataan mengulas dakwaan komen tidak wajar yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Puteri Umno Malaysia di akaun Threads miliknya yang mengaitkan Nurul Izzah dengan tohmahan seksual.


Meskupun, Jafni berkata, pihakya mengambil maklum bahawa hantaran berkenaan telah dipadam dan permohonan maaf dilakukan.


Bagaimanapun ujar beliau, tindakan memadam sesuatu hantaran tidak bermakna kesannya turut hilang.


"Dalam era media sosial, sesuatu kenyataan boleh tersebar dalam masa beberapa saat dan meninggalkan kesan terhadap maruah serta reputasi seseorang.


"Kami menghormati permohonan maaf yang telah dibuat. Namun, pengajaran daripada perkara ini harus lebih besar daripada sekadar memadam sebuah hantaran.


"Semak sebelum berkongsi. Fikir sebelum menulis dan bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuat," katanya yang memandangkan serius tuduhan dilemparkan kepada Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page