top of page

Perjanjian Timbal Balas Perdagangan bukan pilihan, lindungi pekerjaan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 28 minutes ago
  • 1 min read

ree

Perjanjian Timbal Balas Perdagangan (ART) yang dimeterai Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) bukan suatu pilihan yang diambil secara sewenang-wenang, sebaliknya satu keperluan bagi melindungi jutaan pekerjaan rakyat selain memastikan daya saing eksport negara kekal kukuh.


Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (gambar) menegaskan Malaysia berisiko dikenakan kadar tarif lebih tinggi sehingga 25 atau 40 peratus sekiranya ART tidak dimeterai sekali gus menjejaskan daya saing produk tempatan di pasaran antarabangsa.


"ART bukan pilihan tetapi keperluan untuk menyelamatkan jutaan mata pencarian rakyat.


"Kita mahu sekurang-kurangnya mengekalkan kadar tarif 19 peratus dan tanpa ART kadar itu mungkin meningkat kepada 25 peratus atau lebih teruk lagi, naik kepada 40 peratus” katanya dalam penjelasan video yang dimuat naik di Facebook.


Beliau mengulas mengenai isu yang dibangkitkan berkenaan ART dibangkitkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam satu program podcast sebelum ini.


Tengku Zafrul menjelaskan kadar 19 peratus itu merupakan yang terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat.


"Tanpa ART, eksport kita menjadi kurang kompetitif, kilang akan kurangkan pengeluaran, dan akhirnya pekerja terpaksa diberhentikan. Dalam jangka panjang, pelabur akan lari ke negara lain," katanya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page