Perjanjian ART wajib untuk berdagang dengan AS, negara tidak tergadai
- Suara Keadilan
- 2 hours ago
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) wajib ditandatangani negara kerana tanpanya tarif yang dikenakan AS untuk produk Malaysia masuk ke negara itu setinggi 25%, dan berisiko kehilangan pasaran.
AS pula telah menjadi rakan dagang utama Malaysia sejak puluhan tahun dan tidak mungkin boleh memindahkan pasaran produk ke negara lain dalam tempoh beberapa tahun sekiranya enggan menandatangani ART.
Namun pembangkang dan para simpatisannya terus mengkritik ART kononnya menggadai maruah negara, sedangkan perjanjian itu adalah sepihak jika mahu terus berdagang dengan AS. Cuma dalam perjanjian itu masih terdapat 'exit clause' bagi negara sekiranya berasa terlalu terbeban dengan ART.
Bagi Aktivis KEADILAN, Zainurizzaman Moharam, beliau mengkritik sikap pembangkang yang mempolitikan ART, termasuklah bekas pemimpin UMNO, Datuk Isham Jalil susulan video penerangan berhubung perjanjian berkenaan.
Menurut Zainurizzaman, beliau telah melihat video Isham yang kononnya mahu 'menyelamatkan' Malaysia daripada ART yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

"Perjanjian antarabangsa yang katanya akan gadai negara. Nada dia serius, gaya macam nak jadi wira rakyat. Tapi bila dengar habis, akan sedar satu benda.
"Yang kuat bukan hujah dia, tapi nafsu dia nak viral.
"Biar aku ingatkan fakta asas yang ramai lupa. Isham Jalil ni dulu Pegawai Khas merangkap Penasihat Ekonomi kepada Datuk Seri Najib Razak sewaktu Najib jadi Perdana Menteri.
"Waktu itu 1MDB tengah menyala, hutang negara mencanak, projek mega tanpa tender bersusun dan masa itu juga tak ada pun video 'pendedahan ekonomi' daripada Isham.
"Tak ada pun posting 'maruah negara tergadai', tak ada pun dia tanya mana 'exit clause' bila kerajaan dulu tandatangan projek berbilion dengan China," katanya dalam satu muat naik di Facebook.
Ujar Zainurizzaman lagi, apabila Kerajaan MADANI memeterai perjanjian yang mengandungi klausa perlindungan negara serta boleh ditamatkan dengan notis 180 hari, tiba-tiba Isham tampil kononnya beliau risau terhadap kedaulatan negara.
"Kamu kata 'exit clause' ini tak wujud, cuma tafsiran PMX dan Tengku Zafrul. Kamu baca tak dokumen tu? Atau kamu cuma baca headline, terus buat video sebab kamu rasa kalau kamu hentam kerajaan, 'mileage' politik kamu akan naik mencanak?
"Sebab kalau tengok hujah kamu, jelas tak faham beza antara 'termination clause' dengan 'withdrawal mechanism'. Anyway tahniah sebab berjaya menamatkan pengajian undang-undang.
"Baru habis degree law, tapi bunyi macam nak ajar dunia undang-undang antarabangsa," katanya lagi.





