top of page

Peralat kenyataan TMJ serang Kerajaan Negeri, Armada Johor dibidas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 22 minutes ago
  • 1 min read

Oleh: Helmi Mohd Foad


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor membidas Armada Johor yang membuat tafsiran terhadap titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkaitan Kerajaan Negeri sebagai tanda kegagalan pentadbiran negeri itu, dengan menyifatkannya sebagai pandangan sempit dan tidak bertanggungjawab.


Naib Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad (gambar) berkata kenyataan sayap parti pembangkang itu tidak mencerminkan semangat sebenar titah baginda yang bersifat umum dan menyentuh keperluan asas rakyat secara menyeluruh.


"Ia sepatutnya dilihat sebagai tanda kasih dan keprihatinan baginda kepada rakyat Negeri Johor. Titah baginda juga perlu dilihat sebagai seruan untuk memperbaiki mutu pentadbiran secara menyeluruh tanpa menuding jari atau mengambil kesempatan mendapatkan ‘mileage’ politik," katanya dalam kenyataan.


Faezuddin menegaskan institusi diraja tidak wajar dijadikan alat politik oleh mana-mana pihak apatah lagi menjadikan titah TMJ sebagai hujah untuk menyerang pihak tertentu khususnya kerajaan.


Jelas beliau, tindakan itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati peranan baginda sebagai payung negeri.


"Pendirian ini penting bagi menjamin institusi raja kekal dihormati, bebas daripada permainan politik dan terus menjadi lambang perpaduan serta kestabilan rakyat Johor," ujarnya.


Terdahulu Ketua Armada Bersatu Johor, Alias Rasman dalam satu kenyataan media pada 8 Julai menyifatkan seruan Tunku Ismail berkaitan gaji bermaruah, bekalan air dan perkhidmatan kesihatan sebagai cerminan suara rakyat yang telah lama bergelut dengan kelemahan tadbir urus dan kegagalan menyuarakan kepentingan Johor di peringkat Persekutuan.


"Titah ini adalah satu ‘wake-up call’ kepada kerajaan yang semakin selesa di tampuk kuasa, tetapi masih gagal mengurus perkara asas untuk rakyat," katanya dipetik.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page