top of page

Penyelenggaraan saliran di Kuala Lumpur, Selangor dipertingkatkan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
13 hours ago
1 min read
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya kerja-kerja penyelenggaraan saliran di Kuala Lumpur dan Selangor dipertingkatkan dengan lebih kerap berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah segera mengurangkan risiko banjir kilat khususnya di kawasan panas (hotspot).

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata mesyuarat Jemaah Menteri dimaklumkan projek-projek tebatan banjir di Kuala Lumpur dan Selangor sedang dilaksanakan, namun langkah penyelesaian sementara perlu diambil segera, termasuk meningkatkan kerja penyelenggaraan saliran.


Beliau berkata, penyelenggaraan saliran di Kuala Lumpur ketika ini dilaksanakan sebanyak enam kali setahun, manakala Selangor meminta penyelarasan dan bantuan bagi meningkatkan kekerapan penyelenggaraan, khususnya di kawasan berisiko tinggi banjir kilat.


"Dimaklumkan bahawa projek-projek tebatan banjir, dana telah disediakan, peruntukan (juga) telah disediakan.


"(Kini) kerja-kerja sedang berjalan tapi ia akan makan masa. Buat sementara waktu, PM Anwar telah bersetuju supaya tindakan segera penyelenggaraan berkala yang lebih kerap dilaksanakan bermula sekarang," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page