Peniaga Vietnam terima RM, matawang Malaysia mendunia
- Hasbul Ahmad

- 3 hours ago
- 1 min read

Perkongsian seorang pelancong yang mengesahkan beberapa premis di Vietnam menerima pembayaran menggunakan Ringgit Malaysia (RM) mencuri perhatian warga maya selepas video berkenaan tular di TikTok.
Dalam video yang dimuat naik oleh Malaysian Update News, pelancong tersebut berkongsi pengalamannya ketika melancong di Vietnam apabila mendapati peniaga tempatan mengenali mata wang Malaysia, dan bersedia menerima pembayaran dalam Ringgit bagi beberapa urusan jual beli.
Menurutnya, beliau terkejut apabila seorang peniaga menyebut harga dalam Ringgit Malaysia dan memahami pertanyaan yang diajukan oleh pelancong dari Malaysia.
"Saya berada di kedai depan hotel saya. Anda tahu mawatawang apa yang mereka terima? Ringgit ya. Lihat ini, Ringgit," kata pelancong tersebut menunjukkan video memaparkan kedai-kedai yang menerima Ringgit untuk membeli barangan di negara tersebut.
Beliau turut memaklumkan terdapat peniaga yang mampu bertutur dalam bahasa Melayu asas kerana sering berurusan dengan pelancong Malaysia.
"Ketika saya hendak membeli Ban Mi, mereka juga bertutur dalam Bahasa Melayu. Saya terkejut. Adakah saya di Vietnam?," kata pelancong tersebut.
Perkongsian itu mengundang komen ramai netizen menyatakan mereka turut mempunyai pengalaman hampir sama ketika melancong ke bandar-bandar utama Vietnam seperti Ho Chi Minh City, Hanoi dan Da Nang.
"Aku tak tahu Apa formula Pmx blh buat Ringgit Terbaik Di Asia Di saat negara2 Asia lain jatuh.. Terima kasih Pmx," komen netizen dengan nama lanezlan0.
"Ringgit mendunia," tulis Arep Alexander dengan emoji “fire”.
"Bersama kita kekalkan PMX wey, beliau pakar ekonomi. Respect our Prime Minister Dato' Seri Anwar Ibrahim," tulis Muhd Shahrul Ashraf pula.
Fenomena tersebut dilihat sebagai petanda hubungan ekonomi dan pelancongan yang semakin erat antara Malaysia dan Vietnam.
Selain itu fenomena tersebut mencerminkan pengaruh, keyakinan serta pengukuhan penggunaan Ringgit dalam kalangan peniaga yang kerap berurusan dengan pelancong Malaysia.




Comments