top of page

Penguasaan Bahasa Inggeris: Sarawak laksana peperiksaan standard Cambridge

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 4
  • 2 min read


Oleh: Sandy Zaliu


Kerajaan Negeri Sarawak bakal melaksanakan peperiksaan berstandard Cambridge untuk murid Tahun Enam di bawah Program Dwibahasa (DLP) bermula Oktober ini. Langkah itu bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, khususnya di kawasan luar bandar, sejajar dengan keperluan ekonomi digital masa kini.


Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan inisiatif berkenaan bukan untuk mengetepikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, tetapi untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dwibahasa yang kukuh.


"Ini bukan tentang mengabaikan bahasa kebangsaan kita. Ia adalah tentang menyediakan anak-anak kita untuk bersaing di peringkat global sambil kekal berakar dalam identiti nasional kita," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Kerajaan Sarawak dan Cambridge University Press & Assessment (CUP&A) di London.


Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata bahawa kerjasama dengan CUP&A akan memastikan penilaian yang dilaksanakan menepati piawaian antarabangsa.


"Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk membina tenaga kerja yang kompetitif dan bersedia menghadapi masa depan," katanya dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri.


Sementara itu, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, memberikan jaminan bahawa cadangan Sarawak untuk melaksanakan sistem penilaian sendiri, termasuk standard antarabangsa seperti Cambridge, tidak bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan.


Beliau menjelaskan bahawa selagi penilaian tersebut bersifat holistik dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, ia adalah selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


"KPM bersedia membantu Sarawak dalam memperkukuh sistem penilaian ini, dan ia masih dalam kerangka penilaian yang menyeluruh," ujarnya.


Program DLP di Sarawak telah dilaksanakan sejak 2020, dengan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah rendah kerajaan. Sehingga kini, seramai 6,545 guru telah dilatih untuk menyokong keberkesanan program ini.


Langkah Sarawak ini boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain yang menghadapi cabaran literasi Bahasa Inggeris, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar. Dengan pendekatan yang inklusif dan bertahap, pelajar di seluruh negara boleh diperkasa untuk menghadapi cabaran masa depan tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page