top of page

Pengiktirafan AS dan diplomasi Malaysia sebagai hab keamanan, kestabilan global

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 3 min read

Pengiktirafan AS penting meningkatkan imej Malaysia sebagai negara berkecuali dan Islam unggul dunia
Pengiktirafan AS penting meningkatkan imej Malaysia sebagai negara berkecuali dan Islam unggul dunia

Oleh: Mohd Hisyamuddin Ghazali


ULASAN: Saya mahu ulas dua isu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim naik "The Beast" (kereta rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS)) dengan Trump dan Najib dengan Obama.


Bukan semua pemimpin utama dunia dipelawa menaiki The Beast bersama Presiden AS. Hal ini disahkan oleh, Profesor Phar Kim Beng, pakar Geopolitik ASEAN ketika ditemuramah oleh ASTRO Awani semalam, bahawa hanya empat pemimpin yang dilaporkan pernah naik The Beast pada era Trump jadi Presiden AS kali kedua.


Iaitu Benjamin Netanyahu (Israel) - 13 Oktober 2025, Lapangan Terbang Ben Gurion ke Knesset, Yerusalem. Naik The Beast menuju sidang khas keamanan Asia Barat. Kedua, Mohammed bin Salman (Arab Saudi) - 13 Mei 2025, Lapangan Terbang Riyadh ke Istana Al-Yamamah. Sambut Trump di Riyadh, menaiki The Beast ke istana sempena Sidang AS–GCC. Ketiga, Vladimir Putin (Rusia) - 16 Ogos 2025, Pangkalan Tentera Elmendorf, Alaska. Naik bersama Trump sebelum mesyuarat dua hala bersejarah AS–Rusia dan keempat, Anwar Ibrahim (Malaysia), 26 Oktober 2025. Naik The Beast ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47; simbol pengiktirafan AS terhadap kepimpinan Malaysia.

Anwar dipelawa menaiki The Beast, banyak dibincang sepanjang perjalanan
Anwar dipelawa menaiki The Beast, banyak dibincang sepanjang perjalanan

Hal ini merupakan satu penghormatan kepada Perdana Menteri Malaysia berkongsi kereta dengan Trump, Presiden AS. Tentunya banyak perkara dibincangkan terutamanya soal Palestin, Thailand - Kemboja, Myanmar, Pakistan - Afganistan, Tarif AS-Malaysia dan ASEAN sepanjang perjalanan hampir 30 km dari KLIA ke KLCC, Kuala Lumpur itu.


Obama lawat Malaysia era Najib


Pada 2014 Presiden AS, Barrack Obama juga pernah mengunjungi Malaysia pada waktu Najib Razak sebagai PM.


Semasa lawatan 26–28 April 2014 itu, Malaysia dan AS menandatangani kenyataan bersama bahawa hubungan akan dinaik taraf ke “Comprehensive Partnership”.


Pada 27 April, Presiden Obama berkata bahawa “the United States is already the largest foreign investor in Malaysia. And Malaysia is one of the fastest-growing investors in the United States.”


Menurut laporan CRS, pada tahun 2013 Malaysia ialah pasaran ke-25 terbesar untuk eksport AS dan pembekal ke-18 terbesar untuk import AS.

Laporan menyebut pada lawatan itu, MoU dan perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan AS bernilai AS$ 2 bilion dalam bidang penerbangan, bioteknologi dan insurans telah ditandatangani kedua pemimpin.


Anwar - Trump tandatangan perjanjian dagang, damai


Lawatan Trump pada 26 Oktober 2025 menyaksikan AS dan Malaysia menandatangani perjanjian dagang yang mengekalkan kadar tarif timbal-balik pada 19% bagi barangan Malaysia ke AS, sambil mengecualikan 1,711 barangan eksport utama Malaysia, termasuk semikonduktor, sarung tangan dan bahan kimia bernilai RM72 bilion setahun.

Penulis - Mohd Hisyamuddin Ghazali
Penulis - Mohd Hisyamuddin Ghazali

Menurut Reuters, semalam AS menandatangani beberapa perjanjian dagang dan logam kritikal dengan Malaysia, Thailand, Vietnam dan Kemboja, di mana AS “to consider zero tariff rates for some Southeast Asian goods”.


Malaysia di bawah kepimpinan Anwar sebagai Pengerusi ASEAN 2025 juga mempelopori sebuah perjanjian “Kuala Lumpur Peace Accord” antara Thailand dan Kemboja yang ditandatangani 26 Oktober 2025 di Kuala Lumpur — Anwar dan Trump hadir sebagai saksi. Pendekatan ini menjadi model baharu yang diiktiraf oleh World Economic Forum 2025 sebagai “Asian Mediation Blueprint”, menggabungkan unsur diplomasi Islam dan ekonomi hijau.


Data rutin menyebut bahawa ASEAN + GCC + China summit di Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025 mewakili gabungan GDP hampir USD 25 trilion dan pasaran melebihi 2 bilion orang — Anwar tampil sebagai wakil rantau dalam latar tekanan tarif global selaku Pengerusi ASEAN


Malaysia negara Islam berkecuali dihormati dunia


Peranan Malaysia dalam dunia Islam dan krisis Palestin menyaksikan Anwar diiktiraf sebagai Jurucakap Dunia Islam Asia Tenggara oleh OIC dan GCC; mengetuai kenyataan bersama 57 negara Islam menolak kekejaman Zionis Israel di Gaza pada Oktober 2025. Malaysia di bawah Anwar juga mengetuai misi Humanitarian Flotilla “Sumud 2025” dengan nilai bantuan AS$ 40 juta kepada misi tersebut.


Peranan terhadap Dunia Islam Timur (Pakistan–Afghanistan, India–Iran) - Anwar berjaya menjadi pengantara antara Pakistan dan Afghanistan melalui Islamabad–Kabul Dialogue 2025 di Putrajaya. Dalam krisis India–Iran, beliau mencadangkan Laluan Minyak Aman (Peace Oil Corridor) di bawah inisiatif Muslim Economic Connectivity yang menyokong perdagangan tenaga serantau bernilai AS$ 180 bilion.


Kedudukan Malaysia dalam BRICS & Indo-Pasifik di bawah Anwar, Malaysia diterima sebagai Pemerhati Tetap BRICS Plus sejak Jun 2025; membuka ruang pelaburan bersama China, Rusia, dan UAE bernilai AS$18.7 bilion.


Malaysia juga mengetuai rundingan Rangkaian Bekalan Mineral Kritikal Indo-Pasifik yang disokong AS dan Jepun, dengan kapasiti eksport nadir bumi bernilai RM21 bilion setahun.


Anwar penentu rentak diplomasi ASEAN


Najib membina asas hubungan AS–Malaysia pada 2014, tetapi Anwar memimpin semula dari posisi kuasa, bukan sekadar penerima dasar, malah penentu rentak diplomasi Asia dan suara dunia Islam.


Daripada meja rundingan tarif global hingga ke medan Gaza, dari Laut China Selatan hingga ke BRICS, kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN menjadikan Malaysia pusat baharu kestabilan dan keadilan global.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page