top of page

Penggunaan AI mudahkan tugas harian, komunikasi lebih pantas - Fahmi

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Datuk Fahmi ketika lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Taman Nira di Batu Pahat
Datuk Fahmi ketika lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Taman Nira di Batu Pahat

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada Ahad mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Taman Nira di Batu Pahat, Johor.


Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya beliau menjelaskan, lawatan bertujuan meninjau pelaksanaan program pusat berkenaan bersama komuniti setempat.


Beliau sempat meninjau sesi bengkel yang diadakan seperti AI Workshop & Gemini (Simple Google AI Skills for Everyday Work) yang turut disertai oleh komuniti setempat.


"Program itu memberikan pendedahan asas dan praktikal kepada peserta berkenaan penggunaan kecerdasan buatan (AI) melalui Google Gemini dan Google Workspace.


"Penggunaan AI memudahkan tugasan harian, termasuk penulisan e-mel, penyediaan draf kerja, penjanaan idea serta komunikasi yang lebih pantas dan efisien. Sesi ini turut menekankan penggunaan prompt yang lebih tepat bagi memanfaatkan AI dengan lebih berkesan," katanya menerusi hantaran tersebut.


Sementara itu jelasnya, inisiatif saringan kesihatan di NADI di sini turut menggunakan teknologi digital - AirDoc turut dilaksana di NADI Taman Nira untuk komuniti setempat bagi memperluaskan akses kepada pemeriksaan kesihatan melalui pendekatan digital.


Justeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sentiasa komited memperkukuh peranan NADI sebagai pusat komuniti digital yang inklusif sekaligus memastikan ia kekal relevan sebagai platform yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page