top of page

Pengambilan tanah Kg Sg Baru era PN, jangan libatkan Kerajaan Madani

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 14
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Tindakan pempengaruh tertentu dan laskar siber pembangkang terus menerus mentohmah Kerajaan Madani kononnya tidak mempedulikan nasib penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur yang terlibat dengan Projek Pembangunan Semula Sungai Baru tersasar daripada fakta sebenar.


Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali tidak boleh dipersalahan dalam hal berkenaan kerana pengambilan tanah dibuat pada tahun 2021 sewaktu kerajaan Perikatan Nasional memerintah.


Pengambilan tanah pula dilakukan secara tidak lazim menggunakan Akta Pengambilan tanah 1960 yang biasanya dilaksanakan untuk membina kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, sekolah dan bukannya projek perumahan swasta seperti di Kg Sungai Baru.


Akibatnya, penduduk yang tidak bersetuju dengan tawaran pemaju pada peringkat awal mendapat pampasan yang lebih rendah kerana Akta Pengambilan Tanah menggunakan kaedah pengiraan pampasan nilai minimum dan agak berlainan berbanding penilaian pemaju swasta.


''Kalau dilihat pada situasinya, perjanjian atau persetujuan tersebut dilakukan pada zaman Perikatan Nasional (PN) mentadbir kerajaan.


''Jadi segala urusan (pengambilan tanah) dilakukan pada zaman PN. Kerajaan pada hari ini sekadar meneruskan apa yang telah dibuat mereka (PN) sebelum ini," katanya.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai dakwaan pempengaruh tertentu yang masih memainkan naratif bahawa Kerajaan Perpaduan tidak mempedulikan nasib orang Melayu di kawasan berkenaan selepas timbul isu pengambilan tanah di sana.


Mengenai harga tanah yang rendah kira kira RM400 sekali persegi berbanding harga yang ditawarkan sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan mahu membangunkan semula Kampng Baru bersebelahan Kampung Sungai Baru dengan nilai lebih RM800 sekaki, hal itu kata Iman, telah diselesaikan pada era PN melalui Akta Pengambilan Tanah tersebut.


Bagaimanapun, katanya masih terdapat pimpinan Kerajaan Perpaduan yang cuba membela dan mendesak agar pihak kerajaan atau pemaju memberi tambahan pampasan seperti mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.


Projek Pembangunan Semula Sungai Baru, Kuala Lumpur bermula pada tahun 2016 dan ianya adalah inisiatif kerjasama swasta di antara 328 pemilik hartanah (64 pemilik lot teres dan 264 pemilik unit flat PKNS Sungai Baru) dengan pihak pemaju.


Sebanyak 88.72 peratus pemilik kediaman telahpun bersetuju dengan projek pembangunan semula tersebut. Dalam masa yang sama, pemaju juga terus berusaha untuk berjumpa dan mengadakan sesi libat urus bersama pemilik 37 lot rumah teres yang tidak bersetuju, namun tidak mendapat kerjasama.


Akhirnya, pengambilan tanah bagi projek tersebut telah diwartakan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) pada 21 Jun 2021. Pengambilan tanah itu membabitkan 37 lot teres, 72 unit flat dan 1 lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page