top of page

Penduduk Kg Batu Uban terima pampasan RM200,000, rumah baharu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 6 days ago
  • 1 min read
Kumaresan (kanan sekali) mengadakan perbincangan dengan penduduk terlibat
Kumaresan (kanan sekali) mengadakan perbincangan dengan penduduk terlibat

Isu penempatan semula penduduk Kampung Batu Uban terus diberi perhatian apabila satu perjumpaan diadakan melibatkan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) serta wakil Exco Perumahan negeri bagi membincangkan penyelesaian terbaik kepada penduduk terlibat.


ADUN Batu Uban, A Kumaresan berkata, perbincangan tersebut memberi fokus kepada tawaran rumah kepada 10 penduduk yang telah menerima perintah pindah daripada pihak pemaju.


"Perbincangan ini tertumpu kepada penyelesaian tawaran rumah kepada 10 orang penduduk yang telah menerima perintah pindah daripada pihak pemaju," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, daripada keseluruhan 21 rumah yang menerima notis pemindahan, pihaknya telah memainkan peranan sejak awal bagi memastikan kebajikan penduduk terbela.


"Sejak awal, saya telah turun padang dan membantu dalam dua perkara utama, iaitu berjaya mendapatkan pampasan RM200,000 bagi setiap unit rumah selepas beberapa siri rundingan bersama pemaju demi memastikan pampasan yang adil dan setimpal," katanya.


Tambah beliau, seramai 10 penduduk turut dibantu untuk mendapatkan kediaman baharu melalui projek Rumah Kos Rendah di Harmony Vista.


A Kumaresan menegaskan bahawa isu penempatan semula bukan sekadar melibatkan perpindahan fizikal, sebaliknya menyentuh soal keadilan sosial dan kebajikan rakyat.


"Isu seperti ini bukan sekadar melibatkan perpindahan, tetapi juga soal keadilan dan kebajikan rakyat," ujarnya.


Beliau turut memberi jaminan akan terus memantau perkembangan isu tersebut agar hak penduduk sentiasa terpelihara.


"Sebagai wakil rakyat, saya akan terus memastikan hak penduduk terpelihara serta proses pemindahan berjalan dengan lancar, tersusun dan adil untuk semua," katanya.


Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Exco Perumahan Negeri Pulau Pinang, Sundarajoo Somu serta pegawai khasnya atas kerjasama dalam mempercepatkan proses penyelesaian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page