top of page

Pendidikan sebagai pendekatan utama basmi kemiskinan rakyat - Amirudin

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
8 minutes ago
1 min read

Kerajaan Selangor menjadikan pendidikan sebagai pendekatan utama dalam usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama keluarga berpendapatan rendah.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, akses kepada pendidikan berkualiti membolehkan pelajar membina keupayaan, memperoleh pekerjaan lebih baik dan memutuskan kitaran kemiskinan antara generasi.


Antara inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi menyokong usaha tersebut termasuk Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) serta sokongan bagi melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi.


"Selangor mahu memastikan kekangan kewangan tidak menghalang potensi anak-anak negeri ini. Peluang pendidikan ini perlu disusuli dengan penguasaan kemahiran dan akses kepada pekerjaan bergaji lebih tinggi.


"Pendekatan ini juga menjadi sebahagian daripada agenda Rancangan Selangor Kedua (RS-2), dengan menyediakan 100,000 pekerjaan bergaji lebih tinggi. Ini mencerminkan hasrat supaya pertumbuhan ekonomi membuka peluang kepada rakyat untuk memperbaiki kehidupan," katanya menerusi hantaran Facebook.


Terdahulu, Naib Presiden KEADILAN itu hadir sebagai panel program Forum Ekonomi Belia 2026 anjuran Perdana Fellows Alumni Association (PFAA).


Forum menghimpunkan anak muda bersama pembuat dasar, pemimpin industri dan ahli akademik untuk membincangkan hala tuju ekonomi serta kesejahteraan rakyat.


Pada acara tersebut beliau turut menekankan keperluan membangunkan indeks upah wajar yang mengambil kira perbezaan kos sara hidup mengikut lokaliti.


Indeks yang mencerminkan ukuran keadaan sebenar rakyat itu jelasnya dapat membantu merangka perlindungan sosial yang lebih berkesan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page