top of page

Galak Menu Rahmah Kalangan Pengusaha Makanan



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Semenjak kerajaan Malaysia Madani mengambil alih tampuk pemerintahan negara, terdapat kemajuan yang ketara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nilai Ringgit Malaysia bertambah kukuh, dari RM 4.75 per AS$ 1 menokok ke RM4.30 (9 Februari 2023) untuk AS$1. Isu keselamatan bekalan makanan asas juga diberi keutamaan dengan tindakan drastik kementerian menstabilkan harga di pasaran.


Konsep Menu Rahmah diperkenalkan oleh Kementerian Perdaganan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 31 Januari 2023 mendapat sambutan yang baik. Ianya adalah sebuah program yang disasarkan untuk membolehkan rakyat Malaysia miskin tegar mengikmati hidangan RM 5.00 – makanan segar berkhasiat beserta minuman. Banyak perbincangan telah dimeteraikan antara kerajaan dan persatuan-persatuan dalam industri penyedia makanan di seluruh negara.


Makanan yang berharga RM 5.00, walaupun tidak mencecah keuntungan yang banyak seperti sebelum ini, namun ia memberi ruang kepada para peniaga untuk menarik lebih ramai pelanggan dengan kombinasi menu terpulang kepada kreativiti masing-masing.


Penjimatan kepada keluarga besar


Sepinggan set nasi RM 5.00 mungkin tidak ketara, tetapi bayangkan betapa banyak boleh dijimatkan untuk sebuah keluarga di mana anak-anak masih belajar. Saya sering mengambil analogi makanan ‘nasi bujang’ atau nasi bajet untuk dijadikan perbandingan.


Sebelum bermulanya pandemik, sepinggan nasi bujang dengan kombinasi nasi putih, telur dadar, sup dan air sirap berharga tidak melebihi RM 4.00 meningkat ke RM 7.00 selepas itu. Membanteras Covid 19 dijadikan alasan, regim di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional dan Kerajaan Malaysia yang tidak mampu mengawal komoditi, malah nilai matawang juga kian merosot menyebabkan peningkatan kos makanan asas begitu ketara.


Permintaan besar untuk set Menu Rahmah dalam masa yang singkat dilakukan secara rela hati. Ini menujukkan kerajaan perpaduan berada di dalam landasan yang betul dalam menstabilkan harga makanan tanpa menambahkan perbelanjaan. Kerajaan-kerajaan sebelum ini pula cuba mendapatkan hasil yang sama dengan memberi subsidi demi subsidi.


Agak terkilan untuk melihat segelintir peniaga yang tidak menyertai program Menu Rahmah. Kerajaan sekarang banyak berusaha untuk memastikan kos bahan mentah dan makanan asas seperti ayam, telur, sayur-sayuran dan minyak masak kekal rendah. Banyak warung tepi jalan, yang dioperasi dengan kos yang minima, (ada yang tanpa lesen, ada yang tidak perlu membayar sewa premis) menjual harga makanan yang lebih mahal daripada peniaga di dalam kedai.


Peniaga kecil, warung dinaiktaraf


Penyelarasan peniaga-peniaga kecil, terutamanya di pusat bandaraya harus dilakukan, sepertimana usaha kerajaan untuk mencapai setinggan sifar pada tahun 1990an. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 11 Januari 2023 telah mengadakan perjumpaan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan isu pembangunan naik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Tambah beliau, penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara. Dalam dalam proses naiktaraf, saya percaya sekiranya boleh menggalakkan penglibatan peniaga-peniaga untuk ‘Menu Rahmah’, akan memperkasakan hak pengguna yang menetapkan kestabilan harga makanan dan bukannya bergantung kepada usaha kerajaan semata-mata.


Kuasa pasaran akan menentukan harga berpatutan makanan berdasarkan penawaran dan permintaan (supply and demand) dalam ekonomi. Peniaga makanan pastinya akan menyeleraskan harga sekiranya pelanggan yang menetapkan. Semenjak pelancaran program Menu Rahmah, sebanyak 15,000 premis dan pengusaha makanan di seluruh negara menyahut seruan kerajaan. Sejauh mana ia boleh pergi tidak dapat dinilai, tetapi dengan 15,000 perintis program yang proaktif menyertai program dalam masa kurang daripada 2 minggu, ini telah menunjukkan kesungguhan dan iltizam agenda reformasi Kerajaan Perpaduan.


Menu Rahmah merupakan pencapaian menang-menang, tidak menindas, tidak melibatkan subsidi dan tidak menurunkan kos sara hidup.


Satu lagi kebanggaan Kerajaan Malaysia Madani.


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page