top of page

Pembunuhan pemimpin Iran Ali Khamenei bukti keangkuhan AS, Israel - Amidi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Keangkuhan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menyerang beberapa bandar di Iran sehingga mengakibatkan korban nyawa, termasuk kematian pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei dikecam ahli politik Malaysia.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan (gambar) menyifatkan insiden tersebut sebagai bukti sifat pembuli kuasa besar yang tidak menghormati kedaulatan sesebuah negara.


"Jelas ia satu keangkuhan apabila Amerika tidak menghormati kedaulatan sesebuah negara dan memperlakukan sesuka hati termasuk membunuh individu-individu yang tidak disenanginya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau turut mempertikaikan alasan serangan yang dikaitkan dengan dakwaan program pembangunan senjata nuklear Iran, yang menurutnya sengaka direkayasa.


"Alasan serangan yang mengaitkannya dengan program pembangunan senjata nuklear adalah alasan lapuk yang sengaja direka tanpa bukti yang kukuh.


"Kami memandang serius tindakan Amerika ini yang dengan jelas mengkhianati lunas-lunas demokrasi dan kedaulatan sesebuah negara," tegasnya.


Amidi yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN memandang serius tindakan tersebut yang disifatkan sebagai mengkhianati lunas demokrasi serta prinsip kedaulatan negara yang sepatutnya dihormati oleh masyarakat antarabangsa.


Beliau menegaskan bahawa penyelesaian konflik perlu melalui saluran diplomasi dan perundingan, bukannya tindakan ketenteraan yang berisiko mencetuskan ketegangan lebih luas di rantau Asia Barat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page