top of page

Peluang kerjasama usahawan Malaysia-China di halal hub wilayah Xiamen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 24 minutes ago
  • 1 min read

Perbincangan rancak diadakan antara delegasi Malaysia dan China berhubung penubuhan halal hub
Perbincangan rancak diadakan antara delegasi Malaysia dan China berhubung penubuhan halal hub

Industri halal yang semakin berkembang di China memberi kelebihan kepada usahawan Malaysia yang telah mempunyai asas persijilan halal antara terbaik di dunia untuk menceburinya.


Menurut mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, baru baru ini beliau telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Wilayah Xiamen, China bagi membincangkan peluang kerjasama dalam industri halal antara Malaysia dan China.


Menurut beliau, perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada potensi besar pasaran halal global serta usaha memperkukuh hubungan perdagangan dua hala melalui cadangan penubuhan Halal Hub di daerah Hu Li, Xiamen.


"Kami berbincang berkaitan peluang dan ruang dalam industri halal.


"Insya-Allah bulan depan kami dijemput untuk melihat sendiri lokasi dan memberi pandangan berkaitan cadangan Halal Hub di Hu Li," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ustaz Mohd Fakhrulrazi menjelaskan bahawa pasaran halal dunia kini bernilai AS$2 trilion. Manakala perdagangan halal Malaysia-China mencatat RM6.2 bilion.


"Banyak peluang yang ada untuk diteroka bersama," ujarnya lagi.


Beliau turut menegaskan bahawa inisiatif tersebut bukan sahaja dapat memperluas capaian industri halal Malaysia ke pasaran China, malah kerjasama ini berpotensi membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan dan pemain industri halal untuk menembusi pasaran antarabangsa, terutama di China yang kini menunjukkan minat tinggi terhadap produk halal.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page