top of page

Pelancongan: Hanya Terengganu Catat Pertumbuhan Negatif

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
18 hours ago
1 min read

Bilangan pelawat domestik Terengganu sebenarnya meningkat daripada 14.16 juta kepada 15.46 juta dalam tempoh sama. Maknanya pelawat bertambah, tetapi jumlah perbelanjaan masih belum kembali ke tahap lama.

Oleh: Ahmad Firdaus Mohd


ULASAN: Pandemik Covid-19 pernah melumpuhkan sektor pelancongan seluruh Malaysia. Tetapi di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, sektor pelancongan negara sudah pulih dan berkembang.


Pada 2019, tahun sebelum Covid-19, pelancongan domestik Malaysia menjana RM103.2 bilion. Pada 2025, meningkat 17.5 peratus kepada RM121.3 bilion.


Di peringkat negeri, semua mencatatkan pertumbuhan kecuali Terengganu. Daripada RM5.99 bilion (2019) turun kepada RM5.8 bilion (2025). Satu-satunya negeri yang catat pertumbuhan negatif -3.2 peratus


Negeri lain semua berkembang. Pahang +29 peratus, Kelantan +8 peratus dan Kedah +6 peratus.


Bukan masalah tarikan pelancong


Terengganu ada pantai yang panjang, Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tasik Kenyir dan banyak lagi kawasan yang sangat menarik. Tarikan pelancongan jelas bukan masalahnya.


Lebih menarik, bilangan pelawat domestik Terengganu sebenarnya meningkat daripada 14.16 juta kepada 15.46 juta dalam tempoh sama. Maknanya pelawat bertambah, tetapi jumlah perbelanjaan masih belum kembali ke tahap lama.


Satu lagi petunjuk, jumlah tetamu hotel Terengganu turun 1 peratus pada 2025, ketika seluruh Malaysia naik 4.2 peratus. Tetamu hotel antarabangsa juga berkurang, sedangkan nasional meningkat 5.8 peratus.


Jadi tidak hairanlah ekonomi Terengganu hanya berkembang 1.6 peratus, paling lembab antara semua negeri. Dua penggal Dr Sam mentadbir, apa hasil?

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page