top of page

Pelan Tindakan MAJU BERSAMA HARAPAN



Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan, iaitu manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini mengandungi 3 Teras, 6 Strategi dan 22 Inisiatif:


Melaka Sejahtera


i) Dana Khas Covid-19 Melaka: Membiayai program pemulihan termasuk FTTIS+V dan kit ujian saringan percuma kepada industri serta kumpulan berisiko tinggi.


ii) Dana Ihsan Covid-19: Bantuan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19.


iii) Kad Melaka Sihat: Manfaat RM300 setahun kepada keluarga B50 yang layak untuk dapatkan rawatan di klinik swasta.


iv) First Support Point Keganasan Rumahtangga: Berpusat di JAPERUN untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga.


Sementara itu, di bawah teras sama, beberapa inisiatif kesejahteraan rakyat dirancang iaitu:


i) Skim HARAPAN Rakyat Melaka: Berbentuk bantuan tunai one-off atau tahunan kepada rakyat Melaka dari pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak, pelajar, warga emas, ibu dan bapa tunggal serta caruman PERKESO percuma.


ii) Skim Bakul Makanan Harapan: Bantuan makanan asas kepada golongan B50 yang layak.


iii) Skim Perumahan Rakyat Melaka (Mel-Home): Skim rumah percuma, skim rumah sewa murah dan skim rumah harapan.


iv) Dana Ihsan Bencana: Bantuan bencana untuk mangsa banjir, ribut dan lain-lain bencana.


v) Melaka Digital : Bantuan berupa pakej wireless modem dan prepaid SIM, latihan dan bimbingan ekonomi digital percuma, sokongan perniagaan digital marketing, dan pembangunan bakat baru pemain E-sport.


vi) Pengecualian Cukai Tanah Pertanian di bawah dua ekar untuk dua tahun.




Melaka Makmur


1. Inisiatif peluang pekerjaan


Skim Peluang Pekerjaan Rakyat (SPPR): Mewujudkan peluang pekerjaan baharu di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)


Program Carian Kerja Melaka (Career@Melaka): Mewujudkan hub rujukan di setiap Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dun (Japerun) yang berperanan sebagai pemadan pekerjaan di peringkat setempat


2. Inisiatif sokongan perniagaan


Dana Pemulihan Sektor Pelancongan: Peruntukan dana khas bagi memulihkan sektor pelancongan


Melaka Berniaga:


i) Diskaun bayaran lesen perniagaan bagi tahun 2022 dan Skim Mikrokredit Harapan


ii) Pinjaman mudah lulus sehingga had RM5,000 untuk usahawan dan usahawanita



3. Inisiatif baharu menarik FDI


i) Menjadikan Melaka sebagai lokasi tumpuan aktiviti MICE (mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran) serantau


ii) Merancakkan aktiviti Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka


iii) Penganjuran ‘Melaka Festival’ bertaraf antarabangsa sebagai tarikan baharu untuk pelancongan domestik dan antarabangsa


iv) Projek Infrastruktur Air di Melaka termasuk Empangan Jernih, Tasik Biru dan Muara Sungai Duyong


v) Penerokaan Industri Baharu seperti tenaga hijau, pelabuhan dan cruise, ekonomi digital dan gig serta bandar pintar yang dijangka menjana lebih 10,000 peluang


vi) Pekerjaan baharu


vii) Menyokong pertumbuhan produk-produk pelancongan baharu di Melaka.



Melaka Stabil


i) Menggubal Enakmen Anti Lompat Parti


ii) Iktiraf Ketua Pembangkang bertaraf Exco


iii) Peruntukan saksama untuk setiap ADUN


iv) Perisytiharan harta


v) Amalan tender terbuka



Sementara itu, pentadbiran PH selama 22 bulan pada 2018 hingga 2020 lalu telah berjaya melaksanakan lebih 70% daripada janji manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 untuk negeri Melaka:


1. Meluluskan pembinaan 100 Rumah Percuma


2. Menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk kemudahan rakyat bergerak dari Melaka Sentral, hospital ke MITC


3. Parkir percuma (Sabtu dan Ahad) yang dilaksanakan di seluruh negeri Melaka


4. Berjaya mendapatkan semula kelulusan Projek Empangan Jernih


5. Berjaya menganjurkan Tahun Melawat Melaka dengan kehadiran 18.02 juta pengunjung


6. Membawa masuk Air Asia beroperasi di LTAM


7. Menyelesaikan projek flyover Peringgit dan MITC yang lama tertangguh


8. Tubuh Dana Harta Bumiputera dan Amanah Finance Hous sebagai dana pinjaman perumahan serta menubuhkan skim mikro kredit


9. Pemberian susu dan lampin dewasa bagi memastikan isu kebajikan masyarakat susah tidak terpinggir


10. Hari Bertemu Rakyat setiap minggu bagi mendengar maklum balas orang ramai


11. Berjaya mengeluarkan 1,070 asnaf dari belenggu kemiskinan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page