top of page

Pasukan khas ditubuh selesai isu kekurangan doktor, pakar perubatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 days ago
  • 1 min read
DS Dr Dzulkefly merasmikan Wellness Hub di Sandakan, Sabah
DS Dr Dzulkefly merasmikan Wellness Hub di Sandakan, Sabah

Pasukan Petugas Khas Antara Kementerian sudah ditubuhkan bagi meneliti isu kekurangan doktor dan pakar perubatan termasuk aspek pengekalan bakat dalam sektor kesihatan negara.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, garis masa khusus juga telah ditetapkan bagi memperhalusi dan merangka penyelesaian menyeluruh terhadap perkara berkenaan.


"Sebagai kementerian berteraskan kemudahan serta perkhidmatan kesihatan, dengan 151 hospital, tentunya kami berdepan pelbagai permasalahan.


"Persoalan kekurangan doktor, pakar perubatan sudah berlarutan sejak sekian lama, dan saya meminta Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah Kesihatan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi selain Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan menangani perkara ini, khususnya di Sabah," katanya dipetik.


Dr Dzulkefly sebelumnya hadir merasmikan Wellness Hub di Sandakan pada Sabtu.


Mengulas lanjut beliau isu kekurangan doktor perlu ditangani secara tuntas dan bersistematik bersama-sama kementerian lain.


Justeru, pasukan petugas khas itu juga bakal meneliti cadangan penambahbaikan insentif kepada pegawai perubatan termasuk elaun perpindahan bagi menggalakkan penempatan di Sabah.


"Saya mahu perkara ini dilihat dalam jangka panjang… tidak ada sebab mengapa insentif seperti ini tidak boleh diberikan kepada doktor yang komited untuk berkhidmat di Sabah," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page