top of page

Pasport Malaysia naik ke ranking ke-6 dunia, versi baharu dilancar Jun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Pasport Malaysia mencatat peningkatan memberangsangkan apabila menduduki tangga keenam dunia bagi ranking tahun 2026, sekali gus memperkukuh kedudukan negara di peringkat antarabangsa.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pencapaian itu menunjukkan lonjakan ketara berbanding kedudukan ke-12 pada tahun lalu.


"Pasport Malaysia di tempat ke-6 dunia bagi ranking tahun 2026. Naik dua kali ganda dari tempat ke-12 tahun lepas," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau turut memaklumkan rakyat Malaysia bakal menikmati pasport baharu dengan ciri keselamatan yang dipertingkat dalam masa terdekat.


"InsyaAllah rakyat Malaysia akan dapat pasport baharu dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat. Nantikan pada bulan Jun ini," katanya lagi.


Menurut data Indeks Pasport global bagi November 2025 hingga awal 2026, Malaysia turut pernah berada di kedudukan ketiga dunia, berkongsi tempat bersama Belgium, Jerman dan Korea Selatan.


Sementara itu, Indeks Pasport Henley bagi Februari 2026 meletakkan Malaysia di tangga keenam, meningkat daripada kedudukan kesembilan pada awal 2025.


Kedudukan kukuh ini mencerminkan tahap kepercayaan tinggi masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia, khususnya dari segi ciri keselamatan pasport yang diiktiraf global.


Dalam konteks serantau, Malaysia kekal sebagai antara pasport terkuat di Asia Tenggara, menduduki tempat kedua selepas Singapura.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page