top of page

Pas Selangor Dangkal Memahami Indeks Daya Saing 2024

Updated: Jun 28



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Selangor melalui Ketua Penerangannya, Zurk Ahmad membidas pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (PMX) sebagai gagal akibat kejatuhan Malaysia dalam ranking Daya Saing Global (WCR) 2024.


Kerajaan Madani dituduh tidak mempunyai halatuju ekonomi yang jelas dan mapan, terdapat banyak masalah fundamental dan struktur dalam pelaksanaan Ekonomi Madani. Kejatuhan Malaysia dalam kedudukan WCR 2024 dianggap oleh Zurk Ahmad sebagai bukti bahawa kegusaran serta kegelisahan rakyat Malaysia khususnya yang berada di Selangor sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan Madani selama ini berasas dan bukannya sentimen atau persepsi media.


Zurk Ahmad juga menasihatkan Kerajaan Madani untuk merujuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat berjaya mentadbir negara dengan cemerlang ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.


Subsidi fokus utama WCR


Perkara ini perlu difahami melalui lensa yang lebih luas, terdapat tiga isu utama yang menjatuhkan Malaysia dalam kedudukan WCR 2024 iaitu prestasi ringgit, pengurusan ekonomi dan penyasaran subsidi.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Berkenaan isu prestasi ringgit, Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa ringgit kini sedang mengalami peningkatan yang mendorong mata wang tempatan berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain. Perkara ini dapat dicapai oleh Kerajaan Madani melalui usaha untuk menarik minat pelabur kepada aset-aset tempatan. Perlu diingat kejatuhan ringgit adalah hasil sumbangan kepimpinan PN yang rakus merangkul kuasa sehingga pelabur asing tidak yakin dengan kestabilan ekonomi negara.


Pada zaman pemerintahan PN, syarikat gergasi Korea Selatan, Hyundai menutup ibu pejabat wilayah rantau Asia Pasifik di Malaysia dan berpindah ke Indonesia. IBM pula menutup Pusat Penyampaian Global miliknya di Cyberjaya dan berpindah ke Singapura, syarikat minyak global Shell memindahkan operasinya dari Cyberjaya ke India. Kehilangan pelabur berkepentingan ini memberi kesan kepada kedudukan ringgit dan seterusnya kedudukan Malaysia di dalam WCR 2024.


Isu kedua yang menggugat kedudukan Malaysia di dalam WCR 2024 adalah berkenaan pengurusan ekonomi, perkara ini telah diterangkan oleh PMX bahawa Kerajaan Madani tetap mempertahankan perlaksanaan STR dan i-Sara dalam keadaan perbelanjaan negara yang defisit demi memikirkan kepentingan rakyat, Kerajaan Madani boleh sahaja memansuhkan perlaksanaan STR dan i-Sara pada tahun 2024 dengan justifikasi memastikan perbelanjaan negara berimbang.


Namun asas ihsan yang memandu Kerajaan Madani tidak membenarkan rakyat terus ditekan dengan isu kos sara hidup, PMX berani berhadapan dengan kejatuhan kedudukan Malaysia di dalam WCR 2024 bebanding menekan emosi dan perasaan rakyat dalam berhadapan dengan isu kos sara hidup.


Sekurang-kurang dasar yang diamalkan oleh Kerajaan Madani tidak menyentuh hasil simpanan rakyat di dalam KWSP sehingga memberi beban kewangan kepada kerajaan berikutan peningkatan kos kesihatan dan program sosial untuk menampung keperluan golongan yang tidak mempunyai simpanan hari tua.


Penyasaran subsidi tingkat daya saing


Isu terakhir yang menggugat kedudukan Malaysia di dalam WCR 2024 adalah berkenaan penyasaran subsidi, PMX mengakui kelewatan melaksanakan dasar penyasaran subsidi menjadi punca kejatuhan Malaysia di dalam WCR 2024. Namun keberanian Kerajaan Madani dalam melaksanakan dasar penyasaran subsidi perlu dipuji memandangkan kerajaan terdahulu tidak pernah ada kesungguhan dalam melaksanakannya.


Dasar tersebut sebenarnya sudah dibincang dan dipersetujui sejak 25 tahun dahulu. Dasar tersebut tidak dilaksana kerana pimpinan terdahulu lebih memikirkan soal survival politik disamping penyasaran subsidi tidak mudah dijayakan. PMX sendiri mengakui perkara ini dibincang semenjak beliau menjadi Menteri Kewangan pada kali pertama dahulu, namun demi memastikan keutuhan ekonomi Malaysia dapat dikekalkan maka PMX berani berhadapan dengan kritikan dan melaksanakan dasar yang tidak popular tersebut. Walaupun sedikit lewat, namun ia adalah lebih baik dari terus menangguhkan perlaksanaan dasar tersebut.


Pas Selangor seharusnya melihat kejatuhan kedudukan Malaysia di dalam WCR 2024 sebagai implikasi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Madani akibat kelemahan pentadbiran Kerajaan PN dahulu. Kejatuhan ranking ini adalah bersifat sementara memandangkan Malaysia kini sedang dalam usaha perlaksaan beberapa dasar penting seperti Naratif Ekonomi Madani, Pelan Induk Perindustrian Baru 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Government Technology.


Beri ruang dan masa secukupnya untuk Kerajaan Madani melaksanakan proses reformasi yang dijanjikan, Malaysia pasti akan kembali meperbaiki kedudukan di dalam WCR pada masa hadapan

_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page