top of page

Parlimen Bukan Dewan Kuliah Kampus


Oleh : M. Hadi Hassan


Apa yang sedang semua pihak parti persiapkan ?

Sementara di pihak Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas mahu diadakan perbahasan untuk sidang kali ini. "Sidang sepatutnya dibuka seluas luasnya kepada Ahli Parlimen sewaktu sidang Dewan Rakyat akan datang".


Mana tidaknya, takkan semata-mata bersidang hanya untuk mendengar ucapan merapu menteri kerajaan? Jika begitu halnya di mana peranan semak dan imbang yang sepatutnya berlaku di dewan yang mulia itu?


Dewan Rakyat jadi dewan kuliah?

Tindakan mengadakan sidang seakan kuliah di kampus itu juga menghina Dewan Rakyat yang suci.


Sudah pasti banyak hal yang akan dibangkitkan dan perlu dibincangkan secara telus. Isu isu seperti agihan vaksin dan fokus mencapai herd imunity serta suntikan fiskal yang benar benar mencukupi bagi membantu rakyat antara perkara yang perlu dibahaskan.

M Hadi Hassan

Di pihak kerajaan pula pasti sedang kalut menyiapkan 'KPI' yang mampu menampakkan mereka berfungsi ketika sidang nanti. Jika apa yang dibentangkan tidak memuaskan rakyat, pasti akan memperlihatkan lagi kejelikkan yang sudah sedia terzahir di mata rakyat.


Kegagalan demi kegagalan yang tidak dapat lagi diterima majoriti rakyat sehingga bermacam macam kempen tanda pagar di media sosial seperti #kerajaanGagal, #KerajaanBangsat, #kerajaanPembunuh merancakkan lagi perbincangan mengenai peranan kerajaan yang dilihat sering mengabaikan tuntutan dan kepentingan rakyat.


Beli Ahli Parlimen timbul lagi?


Meskipun digambarkan tiada sesi perbahasan pada sidang Dewan Rakyat kali ini, ada kedengaran juga usaha untuk 'membeli' Ahli Parlimen supaya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.


Apakah PM merasakan beliau tidak lagi peroleh majoriti? Bagaimana PM mahu memastikan Kerajaan dan pentadbiran sekarang benar benar absah dan layak memimpin rakyat ?


Apapun sidang kali ini sangat dinantikan semua rakyat Malaysia. Setelah sekian lama didesak dan dituntut berkali kali untuk mengadakan sidang Parlimen sehingga Yang di-Pertuan Agong bertegas sebanyak 3 kali supaya sidang Parlimen dibuka bagi membincangkan dan membahas polisi yang sesuai membendung wabak sekaligus menjaga nasib rakyat dan ekonomi negara.

________________________________________________________________________________


Penulis merupakan Penolong Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Johor

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page