Otai Reformis Johor raih tempat kedua pertandingan masak bubur lambuk
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Otai Reformis Negeri Johor berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan Program Perdana Masak Bubur Lambuk sempena sambutan ulang tahun rasmi Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor bagi tahun 2026.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Reformasi Negeri Johor (PKRNJ), Saiman Omar atau lebih dikenali sebagai Wak Samson berkata penyertaan itu melibatkan wakil Otai Reformis dari pelbagai daerah di seluruh Johor.
"Alhamdulillah, Otai Reformis Negeri Johor menyertai pertandingan Program Perdana Masak Bubur Lambuk sempena ulang tahun rasmi DYMM Sultan Johor dan kami berjaya mendapat tempat kedua," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kejayaan tersebut hasil kerjasama serta sokongan wakil-wakil Otai Reformis dari pelbagai daerah yang hadir memeriahkan program berkenaan.
Antara yang terlibat termasuk wakil dari Kota Tinggi, Johor, Kluang, Johor serta wakil veteran dan pertubuhan tempatan.
"Terima kasih kepada wakil-wakil Otai Daerah seluruh Johor yang menghantar wakil dan bersama-sama memeriahkan program ini," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota Otai Reformis Johor yang memberi sokongan dalam menjayakan penyertaan kumpulan itu seperti Ina Sulaiman, Wakil Kota Tinggi; Musa Mualim, Wakil Kluang, Hj Rahman, Wakil Veteran; Cikgu Rosli, wakil Koperasi Agra Lestari Johor Berhad dan ramai lagi.




Comments