top of page

Onn Hafiz takut gelombang pengundi jika PRN serentak PRU - Aminolhuda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi didakwa cuba mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU).


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Johor Aminolhuda Hassan (gambar) berkata tindakan Onn Hafiz membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlalu awal dipercayai taktik bagi memastikan kadar keluar mengundi pada PRN rendah sekaligus memberi kelebihan kepada UMNO-BN.


"Dia takut jika berlaku PRU serentak seluruh negara. Ketika itu rakyat akan keluar mengundi beramai-ramai, tidak seperti PRN lalu di mana peratusan keluar mengundi sekitar 55 peratus sahaja.


"Mereka mahu memastikan rakyat tidak pulang mengundi dengan harapan peratusan keluar yang rendah memberi kelebihan kepada mereka untuk menang dengan mudah.


"Tapi kita buktikan dengan kebanjiran rakyat di Batu Pahat hari ini bahawa rakyat Johor akan keluar mengundi dan membuat pilihan mereka sendiri," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan malam tadi.


Aminolhuda sementara itu menyifatkan rakyat Johor sebagai pengundi matang dan bijak dalam menilai situasi politik semasa.


"Rakyat Johor ini rakyat yang bijak. Di peringkat Persekutuan kita mentadbir dengan baik. Politik negara lebih stabil, ekonomi menunjukkan perkembangan positif dan nilai mata wang negara juga semakin kukuh.


"Kali ini saya yakin mereka akan berikan sokongan kepada PH berdasarkan prestasi kerajaan di peringkat Persekutuan.


"Kita mahu kerajaan Johor selepas PRN ini terus bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan supaya agenda pembangunan dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page