top of page

Nurul Izzah, Saifuddin Gandingan Mantap Rangkul Kegemilangan KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 25
  • 2 min read

Updated: Jun 29

Oleh: Noraini Nordin


Tak hidup dek puji tak hina dek keji.


ULASAN BERITA: Dua figura hebat Hajjah Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Bersama adalah gandingan paling tepat dan diyakini membawa KEADILAN terus gemilang.


Tidak perlu mendabik dada ke sana ke sini, kedua tokoh ini hakikatnya telah pun mara merangka strategi, menyusun organisasi dan memperkasakan latihan untuk memantapkan lagi kekuatan anggota daripada akar umbi hingga pimpinan cabang di seluruh negara.


Sudah pasti kritikan yang dilemparkan itu tidak menjadi 'kudis' kepada mereka malahan dijadikan cabaran untuk keduanya bekerja lebih gigih mengerakkan parti khasnya menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Pasukan hebat


Sebagai anggota KEADILAN khasnya, janganlah sebarangan memperlekehkan Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Pilihanraya Bersama.


Kedua tokoh ini sebenarnya adalah pilihan yang tepat dan wajar. Gandingan yang diyakini untuk KEADILAN menawan DUN dan Parlimen dalam siri-siri pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang.


Berilah peluang kepada mereka menjalankan amanah yang sedang dipikul.


Jika kita sayangkan parti marilah bersama-sama membantu Nurul Izzah dan Saifuddin untuk mencipta kejayaan gemilang dalam PRN dan PRU kelak.


Mari bersama-sama mengambil peranan menjadi pasukan yang gigih, kental dan hebat bagi mencipta kejayaan demi kejayaan untuk KEADILAN.


Sarat dengan pengalaman


Perlu diingat kedua-dua mereka adalah pemimpin yang sarat dengan pengalaman bersama parti sejak awal lagi dan tentunya tahu dan melakukan yang terbaik untuk mencapai kemenangan.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

Kedua-duanya juga adalah gandingan yang sentiasa boleh bekerjasama dan hakikat itu tentunya suatu kelebihan dalam menghasilkan gerak kerja yang lebih mantap.


Kritikan bahawa kedua-duanya merupakan pemimpin yang kalah bertanding pada PRU15 lepas bukanlan hujah yang boleh dijadikan sandaran kukuh bahawa mereka tidak mampu mencipta kemenangan buat KEADILAN pada PRU16 akan datang.


Orang yang pernah kalah atau gagal pada masa lalu tidak bererti tidak mampu mencipta kejayaan selepas itu.


Orang yang menang pada masa lalu pula bukanlah jaminan bahawa mereka sentiasa akan menang.


Dalam konteks Nurul Izzah dan Saifuddin, memang benar mereka kalah pada PRU15 lalu, tetapi boleh jadi kekalahan itu menjadi dorongan atau pembakar semangat untuk mereka mencipta kejayaan di masa depan.


Lantaran itu, keyakinan dan kepercayaan hendaklah diberikan kepada mereka melalui jawatan yang diberikan itu.


Rekod kejayaan Nurul Izzah


Berkaitan Nurul Izzah, di sebalik banyak dipertikaikan atas pelantikan tersebut, tidak harus dilupakan rekod kejayaannya pernah mengalahkan dua orang menteri di Parlimen Lembah Pantai sebelum ini.


Dua menteri berkenaan ialah Tan Sri Shahrizat Jalil dan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


Bukankah rekod kejayaan itu sesuatu yang boleh mendorong kepada penciptaan kejayaan lain selepas ini?


Yang penting berkaitan Nurul Izzah dan Saifuddin ialah mereka merupakan sosok yang setia kepada perjuangan, sedia menerima cabaran. Tidak pernah gentar dengan kritikan dan sentiasa bersemangat untuk melakukan yang terbaik.


Semua itu adalah resipi kepada kejayaan dan kejayaan masa depan bukan ditentukan oleh rekod tidak pernah kalah atau bukan bergelar Ahli Parlimen.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page