top of page

Nazri tumpu isu penyelenggaraan, tangani isu banjir di Ampangan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 27
1 min read
Nazri (kiri) berkempen menemui pengundi di pasar malam DUN Ampangan
Nazri (kiri) berkempen menemui pengundi di pasar malam DUN Ampangan

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Muhammad Nazri Kassim mahu fokus kepada penyelenggaraan infrastruktur serta penyelesaian isu banjir di kawasan tersebut.


Menurutnya, DUN Ampangan merupakan kawasan bandar matang yang memerlukan tumpuan terhadap penyelenggaraan kemudahan awam bagi memastikan kesejahteraan penduduk terus terpelihara.


"Saya mahu memberi keutamaan kepada penyelenggaraan semua infrastruktur sedia ada supaya penduduk menikmati kemudahan yang lebih selesa dan selamat.


"Jika diberi mandat, saya akan pastikan kerja menaik taraf dan menyelenggara jalan Persekutuan, jalan negeri serta infrastruktur lain dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan


"Beberapa kawasan juga memerlukan penyelenggaraan parit dan longkang secara berkala bagi mengelakkan masalah banjir serta memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik," katanya dipetik laporan media.


Muhammad Nazri ditemui pemberita ketika mengadakan tinjauan mesra di Kampung Jiboi Baru pada Ahad.


Beliau turut merancang membangunkan semula kawasan berhampiran sungai sebagai ruang rekreasi yang lebih kondusif untuk kegunaan penduduk.


DUN Ampangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Muhammad Nazri mewakili PH, Dr Rafie Abd Malek daripada Perikatan Nasional (PN) dan Noor'azah Harun daripada Bersatu.


Mengulas saingan pihak lawan, Muhammad Nazri erkata beliau menghormati semua pencabar dan percaya persaingan secara sihat memberi ruang kepada rakyat membuat pilihan terbaik.


"Sebagai calon Pakatan Harapan, saya menawarkan kesungguhan dan komitmen untuk bekerja serta menyelesaikan isu yang benar-benar dihadapi penduduk Ampangan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page