top of page

Nasir Rahman bukan asing bagi penduduk DUN Bagan Pinang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Nasir giat berkempen dalam pecutan minggu terakhir di DUN Bagan Pinang
Nasir giat berkempen dalam pecutan minggu terakhir di DUN Bagan Pinang

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Bagan Pinang, Nasir Raman bertekad untuk memperkasa sektor pelancongan di sekitar Port Dickson.


Menurutnya, usaha itu akan dilaksana dengan meningkatkan kemudahan pelancongan di Teluk Kemang sekaligus meningkatkan ekonomi setempat, terutama kepada peniaga kecil yang bergantung kepada kehadiran pelancong.


"Di kawasan pantai, kita lihat penambahbaikan dan naik taraf telah dilaksanakan. Usaha ini perlu diteruskan supaya sektor pelancongan dapat memberi lebih banyak manfaat kepada para peniaga khususnya golongan belia," katanya.


Sebagai mengulas perjalanan kempen pilihan raya kali ini, beliau menyifatkannya sebagai positif.


Nasir berkata, beliau telah turun padang ke kawasan-kawasan tumpuan serta mengadakan sesi walkabout di taman-taman perumahan bagi mendekati seramai mungkin pengundi.


"Alhamdulillah, setakat ini daripada sudut penerimaan, ia positif, hubungan dengan penduduk di Bagan Pinang bukanlah sesuatu yang baharu kerana (saya) pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis serta menyelaras Pusat IMAN DUN Bagan Pinang.


"Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 lalu, saya beri tumpuan kepada semua kawasan di Bagan Pinang bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan," tambahnya.


Dalam pada itu, Nasir memohon sokongan pengundi DUN Bagan Pinang pada hari pengundian bagi memberi peluang kepadanya menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.


"Saya menyeru kepada seluruh penduduk DUN N31 Bagan Pinang supaya memberikan saya peluang untuk menjadi wakil rakyat dan mengundi calon nombor tiga pada hari pengundian nanti," katanya juga anak jati Port Dickson.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page