top of page

Menginsafi Perjuangan Menuju Malaysia Madani



Oleh: Aidi Amin

 

ULASAN: Kadangkala kita leka dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi. Saya sendiri akur apabila lalai dari menghayati dugaan dan cabaran dalam hidup sebagai satu ujian untuk menginsafi saat kita senang.

 

Ramai sudah seakan lupa bagaimana kita berjaya mengharungi bulan Ramadan ketika zaman Perintah Kawalan Pergerakan dahulu. Tidak perlu diungkit kemelut politik ketika itu, tetapi cukup untuk akui kezaliman wabak Covid dalam mempengaruhi aspek kehidupan kita. Adakah kita benar-benar sudah bebas hari ini?

Aidi Amin

Perjuangan dalam memerdekakan hidup dari kemelut ekonomi mungkin masih belum sepenuhnya bagi segolongan besar mereka yang berpendapatan rendah. Usaha Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kemakmuran negara masih memerlukan masa untuk direalisasikan. Namun apa yang pasti langkah mengurangkan ketirisan kewangan negara melalui perbelanjaan berhemah dan reformasi institusi, memberikan harapan baharu bagi rakyat. Persoalannya sekarang bagaimana pula dengan ‘kedaifan’ sifat empati di kalangan mereka yang berkemampuan?


Jurang sosial, moral

 

Lihat saja media sosial pada hari ini menunjukkan pelbagai mesej jelas kelihatan jurang dalam masyarakat dari segi sosio ekonomi dan moral. Ini bukanlah cubaan berdakwah tetapi amat mudah seseorang itu dinilai dan dihukum hanya kerana perbezaan nilai kendiri.


Dari sebuah podcast melibatkan selebriti yang dianggap memperlekehkan pilihan hidup seseorang dalam mengutamakan keseimbangan hidup untuk mengejar harta, hinggalah kepada seorang pemandu teksi yang mendakwa berjalan lebih 300 kilometer untuk menyampaikan mesej kedesakan hidupnya! Beza diantara mereka ini adalah semangat motivasi dalam meneruskan perjuangan sebagai rakyat Malaysia.


Masyarakat Madani menuju nilai murni

 

Masyarakat Madani harus diterjemahkan sebagai kemajuan dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan dengan penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan. Kita tidak harus menilai dan menghukum erti perjuangan seseorang sebaliknya menginsafi perjuangan buat diri kita sendiri. Dalam bahasa Sanskrit ada kombinasi dua perkataan ‘bodhicitta’ yang membawa erti kesedaran diri demi mengakhiri penderitaan orang lain.

 

Konsep yang dibawa adalah sekiranya kita memprolehi pencerahan dalam hidup, nescaya akan mempengaruhi aspek pemikiran kita demi membawa kesejahteraan kepada orang lain juga. Seandainya matlamat perjuangan kita adalah untuk memajukan diri kita dan membantu orang lain di sekeliling demi meringankan beban negara dalam aspek kebajikan, tidak mustahil kemakmuran negara Malaysia akan lebih terjamin dan terpelihara.

 

Semoga rakyat Malaysia lebih menginsafi erti perjuangan sebagai satu komuniti dan sedar akan keberkatan hidup wajar dikongsi bukan saja dari segi material tetapi juga kerohanian. Mudah-mudahan penghayatan sedemikian dapat mengakhiri perkongsian sentimen bersifat menghasut dan menzalimi kebijaksanaan kita.

 

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Setiausaha Cabang KEADILAN Ampang

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page